Pemilihan PKR: Biar Pun Sudah Berakhir, Namun Ramai Pihak Kini Masih Sangsi Dengan Ketelusan Hasil Penyiasatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat


KUALA LUMPUR, 11 Dis - Walau pun keputusan sudah pun diketahui, namun keraguan dan kemusykilan itu masih belum terungkai sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah semua ahli PKR dipaksa menerima segala kenyataan dengan "takdir" serta "hati terbuka tanpa bantahan" biarpun memang terdapat kepincangan dalam pemilihan yang berlaku sebelum ini?. Beberapa kali sudah kami katakan bahawa "yang menang itu tidak semestinya benar dan yang kalah itu tidak semestinya salah". Maknanya, kemenangan yang dimiliki oleh pihak yang menang dalam pemilihan itu masih tidak wajar diperakui sebenarnya. Ini kerana banyak kelemahan yang masih belum ditangani dengan sebaik mungkin oleh pucuk pimpinan parti. Apa yang diperjelaskan, hanya satu alasan "dangkal" agar ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut menerimanya "biar pun pahit untuk ditelan". Inilah yang berlaku sebenarnya. Jika selama ini, kita sering mempertikaikan ketelusan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Bahkan , hingga ada yang menghantar petisyen mahkamah untuk mempertikaikan keputuan yang berlaku. Maka kini, apakah ahli-ahli PKR terpaksa melakukan perkara yang sama terhadap parti sendiri. Paling penting, apakah mereka yang masih mempertikaikan keputusan itu boleh dianggap sebagai "pengkhianat dan penderhaka" kepada parti?. Terbaru, Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kalah pada pemilihan parti bulan lalu, Mustaffa Kamil Ayub (foto), mendesak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menyelesaikan segera aduan yang diterima sepanjang 21 hari pemilihan berlangsung bagi menjamin integriti jawatankuasa itu, sekali gus mengembalikan keyakinan ahli dan penyokong parti. Pengerusi PKR Perak itu berkata, seperti dijanjikan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Kongres Nasional Keadilan 2010, akhir bulan lalu, semua aduan perlu disiasat JPP demi memastikan keadilan dapat ditegakkan. “Saya akur dengan keputusan pemilihan dan saya serahkan kepada JPP untuk buat tindakan susulan menangani rungutan dan perkara berbangkit. Mereka harus menyelesaikan perkara itu dengan segera,” katanya.

[Nampaknya, bagai ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam PKR sekarang ini. Soalnya kenapa ada pihak yang masih cuba untuk menyembunyikan kenyataan?. Paling menyedihkan, pucuk pimpinan tertinggi parti pula sengaja mahu mencari jalan mudah dengan mahu menjernihkan kembali hubungan yang panas bagai "biduk berlalu, kiambang bertaut". Namun, dalam masa yang sama mereka ternyata gagal menyelesaikan masalah yang melanda. Apa yang diwar-warkan hanyalah alasan demi alasan kononnya tidak berlaku sebarang penipuan, penyelewengan dan keraguan sepanjang proses pemilihan PKR itu berlaku. Itulah yang sering dimomokkan kepada ahli agar mereka tetap menerima segalanya dengan hati terbuka. Namun, demi keadilan yang diperjuangkan parti sepatutnya mengumumkan hasil siasatan yang dilakukan oleh JPP dengan telus dan terbuka. Apa guna sekadar "melepaskan batuk ditangga" sedangkan hakikatnya jauh berbeza. PKR perlu lakukan perubahan dan beri keadilan kepada ahli sendiri sebelum meneruskan agenda perubahan yang lebih besar untuk seluruh rakyat itu sebenarnya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.