Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang

December 07, 2010
Mangsa dipercayai dipijak oleh gajah liar. — gambar fail
GUA MUSANG, 7 Dis — Seorang lelaki maut dipijak gajah liar manakala empat rakannya terselamat dalam kejadian dikejar sekumpulan gajah semasa mereka mencari buah keranji di Hutan Bring, dekat Pos Pasik di sini petang semalam. Mangsa, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Kampung Bertam Lama, Gua Musang ditemui meninggal dunia ditempat kejadian oleh rakan-rakannya itu dipercayai dipijak gajah liar terbabit di bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata lima sahabat itu telah keluar mencari buah keranji pada pukul 8 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Sebaik sampai di hutan berkenaan mereka berjalan kaki dalam kawasan hutan untuk mencari pokok keranji lalu terserempak dengan sekumpulan gajah yang dikatakan mengejar mereka.
“Dalam kejadian dikejar, masing-masing lari menyelamatkan diri sebelum mereka menyedari kehilangan Muhamad Adnan,” katanya di sini, hari ini.
Saiful Bahari berkata rakan-rakannya itu kemudian berpatah balik mencari mangsa selepas kumpulan gajah itu beredar dari kawasan berkenaan.
“Mereka menemui mangsa dalam keadaan cedera parah dan telah meninggal dunia dan membawa mayat itu ke rumahnya sebelum membuat laporan polis,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.