Lim Guan Eng: Janji Dikota Dan Kebajikan Dijaga, Semua Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terima Bantuan Khas Kewangan Bernilai RM800
GEORGETOWN, 4 Dis - Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng (foto) berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu. “Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini. Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas. “Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya. Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.[Nampaknya ini sesuatu yang sungguh memeranjatkan. Dikala Ketua Menteri Pulau Pinang itu diasak dengan berbagai tuduhan dan penyelewengan, tiba-tiba langkah ini dilaksanakan. Ternyata Lim Guan Eng mengotakan apa yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. Kini, apakah agaknya alasan puak-puak UMNO untuk menidakkan segala usaha kebaikan yang dilaksanakan itu agaknya?. Mungkinkah ramai diantara mereka akan diarahkan memulangkan semua duit tersebut seperti apa yang berlaku baru-baru ini?. Kini, mungkin mereka akan terdiam tanpa suara melihat apa yang terjadi. Apa cerita kakitangan awam di negeri Pahang agaknya?. Sudahlah mereka dinafikan hak untuk mendapat duit raya seperti rakan-rakan di negeri lain, kini mungkin bantuan khas juga tidak akan mereka nikmati. Apa yang ada hanyalah sekadar baki wang ehsan yang dijanjikan kerajaan pusat dulu. Kerajaan negeri seperti biasa hanya "tengok sana tengok sini" tanpa ada apa-apa. Malah mungkin ada yang akan mengatakan pemberian itu untuk politik dan sebagainya. Namun, masalahnya kenapa di zaman BN berkuasa semua itu tidak diberikan kepada mereka agaknya. Inilah perbezaan ketara sebenarnya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan