Hak Asasi:Najib Amal Kukubesi Ala-Mahathir

Dari TV Selangor
Sikap kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) yang tidak mengendahkan hari hak asasi sedunia yang disambut hari ini membuktikan pemerintahan kukubesi ala-Mahathir kini merupakan modus operandi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam kenyataannya hari ini berkata laporan hak asasi yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam, mengesahkan kongkongan yang terus mencengkam kebebasan rakyat Malaysia oleh rejim penguasa.

“Merenung situasi dalam negara, kita menyambut hari yang penting ini dalam keadaan yang suram apabila kurang seminggu yang lepas, rakyat dipukul, disembur dengan air asid dan ditangkap hanya kerana berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati dan protes terhadap syarikat kroni Umno-BN, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
“Pihak polis juga digunakan untuk menyekat kebebasan rakyat yang asas – iaitu hak untuk berhimpun yang mana sepatutnya undang-undang dan peraturan seharusnya memihak kepada kebenaran dan keadilan,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Ujarnya lagi, dalam sejarah moden, setiap negara yang dikuasai oleh rejim yang angkuh, rakyat pasti bangkit melawan undang-undang yang zalim dan menindas.
“Apa yang berlaku di negara kita, undang-undang diguna untuk mempertahankan kelompok penguasa dan golongan elit tetapi pada masa yang sama, terus menindas dan mengongkong kebebasan rakyat. Ini merupakan cabaran besar kepada rakyat dan para pejuang demokrasi,” ujar beliau.
Oleh itu kata Azmin, beliau menyeru supaya rakyat mengimbau kembali mutiara kata dari Widji Tukul dalam salah sebuah sajaknya yang terkenal berjudul ‘Peringatan’ yang berbunyi;
Apabila usul ditolak tanpa ditimbang
Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan
Dituduh subversif dan mengganggu keamanan
Maka hanya ada satu kata: lawan!

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.