MELETUP: Fitnah keluar parti dan cium Anwar, blogger 'cucumatkilau' saman akhbar Umno RM5 juta!




Oleh: Pria Malaya

Syabas dan tahniah blogger 'Cucumatkliau'!!..penulis setuju tindakan saman ini terhadap utusan Umno (Utusan Malaysia)..bahkan patut disabitkan sekali blog2 dan laman pro-Umno yang sebelum ini telah menfitnah beliau dan PKR...

Pahang Daily Online (PDO) melaporkan:

"Adalah lebih elok wartawan terbabit meletakkan jawatan dan menajdi blogger daripada mereka cerita yang beiau sendiri tidak pasti kebenarannya. Maka tindakan saman adalah dikira jalan terbaik buat masa ini, tambahan pula artikel tersebut disiarkan ketika Kongres Nasional PKR berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini

Apapun, langkah ini adalah wajar untuk memberi amaran kepada Utusan Malaysia agar tidak terus melakukan provokasi kepada rakyat. Mereka mendabik dada kononnya media arus perdana melaporkan kebenaran, namun kini terbukti laporan yang diceduk dari blog jelas sekali telah menyebabkan mereka terperangkap sekarang. Malah, tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh mencerminkan betapa tidak profesionalnya wartawan terbabit."
Rupanya laporan blogger CMK keluar parti dan pernah mencium Anwar adalah laporan yang dusta, fitnah lagi palsu!..bahkan penulis sendiri tidak tahu bahawa CMK sudah menafikan gambar dan berita tersebut..penulis yakin masih ramai yang tidak tahu...kerana itu penulis bersetuju langkah CMK menyaman Utusan Malaysia dan blog Umno berkaitan...

Sungguh biadab cara akhbar dan blogger Umno memainkan sesuatu isu..ternyata fitnah dan Umno tidak dapat dipisahkan..sila sebarkan!...wallahua'lam..


Panas: Fitnah Keluar PKR Serta Cium Anwar, CMK Hantar Notis Mahkamah Kepada Utusan Malaysia Dan Saman RM5 Juta Bakal Menyusul Kemudian !

KUANTAN, 7 Dis - Susulan tindakan biadap media arus perdana Utusan Malaysia yang menyiarkan satu artikel berunsur fitnah terhadap blogger cucumatkilau (CMK) pada 27 November lalu, maka satu notis mahkamah telah dihantar kepada pihak terbabit. Menurut CMK, notis telah diserahkan oleh peguamnya Tetuan Fadzli & Co sekitar jam 4.30 petang semalam.

"Saya amat kecewa dengan tindakan akhbar terbabit yang membuat laporan artikel tanpa merujuk kepada pihak saya terlebih dahulu. Sudahlah maklumat yang disiarkan tidak betul, mereka juga menfitnah dengan mengatakan saya sanggup mati kerana membela Anwar. Saya juga dituduh mencium pipi Anwar dengan ghairah seolah-olah saya seorang gay, homoseks dan sebagainnya.




(Blog AIDC dan MYKMU ntara blog dan laman politik pro-Umno yang menfitnah CMK dan PKR...)

Paling teruk bila wartawan terbabit mengatakan saya sudah pun keluar PKR sedangkan perkara itu masih dalam perancangan dan belum berlaku pun. Saya hanya menyatakan hasrat di dalam blog saya dan berjanji akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Masalahnya Utusan telah melaporkan kononnya saya sudah keluar PKR. Ini menyebabkan saya telah dihina dan dikutuk oleh ramai pihak susulan berita berkenaan", kata CMK.

Sementara itu difahamkan tindakan saman fitnah terhadap akhbar terbabit akan diambil biarpun media terbabit memohon maaf secara terbuka dan menarik balik artikel tersebut. "Tarik balik artikel dan memohon maaf bukanlah bermakna saman tidak diteruskan.

Lihat apa yang berlaku kepada MB Perak si Zambry Kadir dulu. Beliau meneruskan saman terhadap Suara Keadilan, Wan Azizah dan Dr.Syed Hussin biarpun akhbar terbabit sudah tarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka", katanya. - Cucumatkilai Online

Artikel CMK terdahulu....

Kenyataan CMK Tentang Isu Artikel Keluar Parti Yang Telah Di Siarkan Dalam Utusan Malaysia !!

Ramai yang terkejut dan menghubungi CMK bertanyakan tentang artikel panas yang keluar di akhbar Utusan Malaysia pada 27 November (Sabtu) lalu. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR" . Susulan artikel tersebut, ramai sahabat seperjuangan dan rakan taulan yang telah menghubungi CMK bagi mengesahkan perkara tersebut.

Tambah mengejutkan artikel berkenaan yang dipercayai dipetik dari blog ini turut menyatakan perkataan "Dulu Pernah Cium Anwar, Kini Tidak Sanggup Lagi Tipu Diri Sendiri". Maknanya penulis artikel berkenaan iaitu Tarmizi Abdul Rahim mengatakan CMK "cium" Anwar.

Masalahnya dari mana beliau boleh menambah cerita tersebut? Inilah yang memusykilkan CMK sekarang sebenarnya. Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan iaitu kenapa disiarkan tajuk besar "Cucu Mat Kilau Keluar PKR", sedangkan jika dirujuk kepada kenyataan CMK dalam blog ini ia berbunyi "Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini".

(Notis mahkamah oleh blogger CMK..)

Namun, anehnya wartawan terbabit telah menyalahtafsirkan kenyataan tersebut dan dengan beraninya mengeluarkan kenyataan kononnya CMK sudah keluar daripada parti PKR.

Tambah menyedihkan, wartawan terbabit juga telah menyiarkan kenyataan kononnya "CMK Cium Anwar". Sedangkan, perkara itu tidak pernah berlaku sebenarnya. CMK sendiri kurang arif, dari mana beliau mendapatkan maklumat tersebut. Inilah yang memusykilkan dan amat mengecewakan CMK sebenarnya. Susulan gambar cium terbabit, kini ramai yang memandang serong kepada CMK.

Terus terang CMK ingin maklumkan bahawa gambar tersebut bukanlah CMK tetapi ia adalah merupakan wajah salah seorang penyokong tegar Anwar yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sila klik DI SINI untuk bukti. CMK hairan, kenapa seorang wartawan yang profesional dari akhbar terbabit tergamak menuduh demikian berdasarkan kepada gambar-gambar yang disebarkan secara meluas di internet sekarang ini.

Kecewa dengan perkara itu CMK telah pergi ke Pejabat Biro Utusan Malaysia di Kuantan semalam. Ia bagi tujuan untuk memperbetulkan fakta yang berkenaan. Pembetulan telah dibuat dalam akhbar terbabit hari ini atas tajuk "CMK nafi Cium Anwar". Cuma masalahnya, CMK tidak mendapat permohonan maaf dari wartawan terbabit yang telah menjatuhkan maruah CMK itu.

Justeru itu, sebagai balasannya, CMK tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan tindakan saman malu terhadap wartawan dan akhbar berkenaan dalam masa terdekat ini. Ia sebagai pengajaran supaya pihak berkenaan lebih berhati-hati dalam menyampaikan laporannya selepas ini. - CMK Online
p/s: Akan dikemaskini..

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.