Lucu benar bila melihat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin (foto), dengan lantang menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor melibatkan diri secara langsung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan supaya program itu tidak ”diculik” oleh pembangkang. "Rakyat tidak rasa program ini program kita tetapi seperti program rasmi. Oleh kerana kita tidak ada ownership menyebabkan ia seolah-olah bukan dijalankan oleh kerajaan BN. "Ada ketika program yang dijalankan oleh kerajaan pusat ”diculik” oleh kerajaan pakatan pembangkang walaupun peruntukan mereka tidak sebesar peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat. Ia kelihatan seolah-olah seperti peruntukan yang banyak disalurkan oleh mereka,” katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan jentera BN Selangor di Bangunan UMNO Selangor dekat Shah Alam baru-baru ini. Mendengar kata-kata Muhyiddin itu, terkadang membuatkan kita merasa simpati kepada kerajaan UMNO BN. Inilah yang dikatakan takdir, jika dulu mungkin mereka boleh buat apa saja atas nama BN dan akan diterima bulat-bulat oleh rakyat. Kini zaman sudah berubah dan Muhyiddin perlu belajar memahami suara hati rakyat. Menuduh pembangkang menculik projek anjuran BN, mungkin itu tidak masuk dek akal langsung. Sebenarnya rakyat sendiri yang sudah muak dengan program-program anjuran BN itu. Makanya, apa saja yang dibuat oleh BN mereka akan hadir dan mengambil untungnya. Namun, dalam hati mereka kini sememangnya suda tawar hati untuk terus bersama BN. Mereka sedang bahawa selama lebih 50 tahun ditipu oleh kerajaan UMNO BN dan kini mereka cukup selesa berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah yang menggusarkan Muhyiddin agaknya. Beliau melihat, sokongan rakyat terhadap BN di Selangor semakin hari semakin pudar. Ditambah lagi dengan isu bekas Menteri Besar Khir Toyo yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Maknanya, zaman kegemilangan UMNO BN di negeri itu bahkan di Malaysia amnya pasti akan merudum jua akhirnya. Maka, Muhyiddin perlulah menerima hakikat dan akur dengan perubahan.
[Muhyiddin dan beberapa kerat pemimpin UMNO BN boleh buat dan bercakap apa saja di Selangor sekarang ini. Namun, dek kesilapan mereka membenarkan Syabas cuba menaikkan tarif air hingga menyebabkan rakyat terpaksa turun dijalanan untuk berdemo baru-baru ini, jelas sekali telah memerangkap diri mereka sebenarnya. Akhirnya bagi meredakan keadaan maka kerajaan terpaksa membongkarkan kes penyelewengan bekas MB Selangor Khir Toyo itu sebenarnya. Mungkin isu itu boleh menarik balik simpati rakyat terhadap kerajaan UMNO BN. Namun, semuanya itu mungkin sudah terlambat kerana rakyat Selangor semakin selesa menikmati air percuma di negeri itu. Mereka gusar jika BN berkuasa semula, pasti semua itu akan ditarik balik kelak. Oleh itu, mereka pasti tetap akan memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Pilihanraya Umum nanti].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan