Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa mereka menjalankan tugas berdasarkan kehendak dan amanat yang telah diberikan oleh pemimpin UMNO BN sebenarnya. Apa tidaknya, sebelum ini mereka beriya-iya menafikan dan mengatakan bahawa
Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah tidak mungkin di adakan serentak dengan
Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Kelantan. Namun, hari ini Pengerusinya
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff (foto) mengumumkan arikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada
4 November ini. Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu
26 Oktober. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di
Putrajaya. Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah
Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
"Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya,
Edmund Chong Ket Wah dari
Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu. Mendiang menduduki kerusi itu sejak
pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah apabila menumpaskan calon Bebas,
Chung Kwong Wing dengan majorit
i 3,708 undi. Chong memperoleh
9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.
[Tindakan Aziz Yusof SPR ini jelas sekali sengaja mahu menyakitkan hati rakyat. Mereka ternayat terpaksa tunduk dan akur kepada arahan pihak atasan (UMNO) dalam usaha untuk memastikan Batu Sapi tidak jatuh ke tangan pembangkang. Mereka sanggup memecahkan petugas kedua-dua pihak untuk menggempur kedua-dua pilihanraya itu nanti. Tindakan ini adalah tidak wajar dan amat keterlaluan. Tambahan pula, mereka sendiri mengaku tidak mungkin pilihanraya kecil itu diadakan serentak sebenarnya. Apa yang pasti, tindakan SPR ini tentu akan membuatkan rakyat lebih benci kepada UMNO BN. Maka itu, kita amatlah berharap agar rakyat membuat keputusan bijak untuk menolak mereka dalam kedua-dua pilihanraya kecil ini nanti. Ia sebagai penanda aras untuk Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan