PANAS: Umum tanggung semua bil sekolah Cina - Blogger Umno kecam Najib


Oleh: Pria Malaya

Di kala kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan buku teks agama percuma kepada rakyatnya yang beragama Islam (boleh baca di SINI), Najib pula sempena mengambil hati penyokong Cina MCA, beliau telah mengumumkan seluruh utiliti bill bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina akan ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional..

Sesungguhnya kita tidak hairan dengan percaturan politik perkauman Najib ini..masihkah anda ingat bagaimana dlm keadaan terdesak di PRK2 sebelum ini seperti pada PRK Sibu dan PRK Bagan Pinang..demi kuasa dan sokongan bukan Melayu, Najib sanggup memberi umpan projek dan wang (rasuah) kepada mereka dlm angka yang jauh lebih tinggi..



(Gambar 1: Najib Tun Razak menyampaikan replika cek bernilai RM5 juta kepada Tiong Hiew King sambil diperhatikan Robert Lau Hui Yew pada majlis ramah mesra dengan persatuan sekolah Cina di Sibu sempena PRK Sibu..)


(Gambar 2: Muhyiddin Yassin telah memberi peruntukan RM 900,000 kepada sekolah Cina di Port Dickson semasa kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan..)

Kita tidak marah dengan peruntukan dan pengihstiharan yang dibuat oleh Umno/BN ini, semuanya utk membantu rakyat..tetapi kita bangkitkan persoalan ini kerana bila ianya dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, pelbagai tuduhan dan cercaan dihemburkan terhadap pimpinan PR kononnya barua DAP, pengkhianat negara, lebihkan bangsa bukan Melayu dan sebagainya..

So, fikir-fikirkanlah...betapa hipokritnya perjuangan mereka..seperti biasa, PERKASA tidak akan berdemontrasi kerana ianya dilakukan oleh Umno/BN, apatah lagi pemuda tahan lasak Umno...dibawah, disertakan artikel oleh blogger Umno (melayupasirgudang)yang menyesal dengan sokongan yg diberikan kepada Najib apabila dilihat bermuka-muka dengan orang Cina melebihi bangsanya sendiri..


UTILITI BILL SRJK CINA AKAN DI TANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN

Perhimpunan Agung MCA hari ini berjaya dalam usaha mereka untuk memperkasakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, bilamana kerajaan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menanggung semua perbelanjaan utiliti sekolah tersebut. Tahniah kepada PM Najib yang begitu perihatin dan pemurah kepada masyarakat cina di negara ini.



Tahniah juga kepada PM Najib yang telah "meminda" buku sejarah dengan mengiktiraf kaum cina negara ini bukan lagi sebagai kaum pendatang sebaliknya adalah kaum atau masyarakat yang "setia" kepada negara. Buktinya kerana kes wanita bogel dalam tahanan polis suatu hari dahulu, menteri kerajaan terpaksa mengadap pemerintah negara cina untuk menjelaskannya.

PM Najib, kamu juga perlu lakukan perkara yang sama kepada Masyarakat India, SRJK(Tamil) juga perlu di biayai bil-bil utilitinya, Buku sejarah Melayu perlu di pinda agar masyarakat India di baca sebagai masyarakat yang wujud dari ladang Gadong Banting Selangor bukan masyarakat yang datang dari India. Mereka adalah juga masyarakat yang "setia" kepada negara, buktinya dalam kes Hindraf Raja kaum India di Malaysia (yang dah nak turun takhta Januari 2011 nanti) terpaksa mengadap Raja di India untuk menjelaskannya.

Pak Najib apa hal dengan bil-bil utiliti untuk Sekolah Agama Persendirian, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Pondok. Tak kan sekolah nie semua tak guna utiliti seperti Air, Api, Talipon dan Internet? Tak kan buku Sejarah Melayu telah di tukar lagi dengan mencatitkan orang -orang Melayu bukan masyarakat asal negara ini sebaliknya adalah pendatang yang masih lagi tidak setia kepada negara Malaysia kerana Tanah Melayu telah hilang di dalam peta dunia?.

Tuk Najib, MPG menulis artikel ini bukan dengan nawaitu menimbulkan isu perkauman atau menjolok isu perkauman, sebaliknya merasakan bahawa Datuk Seri lah yang memulakan perkara ini. Pendapat MPG yang buta huruf ini, sepatutnya PM 1 Malaysia ini berusaha untuk menyatukan seluruh masyarakat dan kaum dalam negara ini melalui mekanisma perpaduan yang sangat halaus iaitu dengan memperkasakan ”SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA”. SATU BUDAYA UNTUK MALAYSIA, SATU BAHASA UNTUK MALAYSIA. Lihat siapa yang setia kepada Negara tercinta Malaysia ini.

Ingatan MPG kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan lah DS menjadi salah seorang pemimpin yang ”cakap tak serupa bikin”. Dalam perhimpunan NGO Melayu baru-baru ini di Ampang DS mengingatkan agar kuasa yang ada di pegang kuat seumpama memegang hulu keris agar tidak tercabut, tetapi di dalam perhimpunan MCA ini DS seolah-olah memberikan sedikit kuasa itu kepada kaum lain untuk di kongsikan bersama. Ingatlah adat dan Pantang Pahlawan Melayu kita. Pantang derhaka kepada Bangsa dan Agama.

Datuk Seri Najib orang Melayu dah lama bertanyakan kepada Pemimpin Melayu yang ada kuasa, kenapa kawasan majoriti Melayu tetapi wakil rakyat masih orang bukan Melayu?. Wakil rakyat adalah utiliti rakyat, salah ke atau susah ke untuk tunaikan hajat orang melayu di kampung-kampung dan kawasan luar bandar hendakkan UTILITINYA yang sama sebangsa dan seagama agar dapatlah nanti menyarahkan bantuan dan ber tazkirah bersama-sama rakyat di dalam surau-surau dan masjid-masjid.

Untuk generasi ku akan datang maafkan atuk kau ini kerana hanya mampu menulis di blog ini sahaja. - Blogmelayupasirgudang
Artikel berkaitan:
- AWAS: Pakatan Rakyat boleh kalah di Galas di sebabkan faktor ini!..(video inside)

baca lagi [click here]...

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.