SPRM rayu keputusan mahkamah bebaskan bekas KP Imigresen


October 15, 2010
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan rasuah.
SPRM, melalui satu kenyataan di sini, berkata walaupun menghormati keputusan mahkamah tetapi SPRM yakin bahawa “kes itu adalah kes yang kukuh”.
“SPRM akan meminta Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk memfailkan notis rayuan berhubung keputusan kes tersebut hari ini.
“Tiada sebarang alasan lisan atau alasan bertulis diberikan oleh Mahkamah Sesyen berhubung keputusan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Hakim Rosbiahanin Arifin membebaskan Wahid, 57, daripada tuduhan menerima rasuah berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Wahid didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini. – Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.