Perancis berdepan kekurangan minyak



BEBERAPA pekerja Pelabuhan Marseille memasak semasa mereka menyertai mogok dengan menghalang laluan depot minyak ke Fos-sur-Mer di selatan Perancis semalam.


PARIS - Pemerintah Perancis semalam menggesa orang ramai supaya tidak tergesa-gesa membeli petrol manakala pengendali trak pengangkutan menuntut bekalan kecemasan memandangkan banyak loji penapisan minyak ditutup akibat mogok bagi menentang peningkatan had umur persaraan anjuran Presiden Nicolas Sarkozy.
Dalam mogok itu, pelajar-pelajar membuat halangan ke sekolah dan ada sebahagiannya melontar batu ke arah polis. Para pegawai turut memberi amaran bahawa protes menentang tindakan menaikkan umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun itu mungkin tidak terkawal.
Pemerintah menyatakan sebanyak 342 sekolah menengah di Perancis terjejas namun pihak kesatuan sekerja pula memberitahu angkanya mungkin mencecah 500 buah sekolah.
Dengan lapan daripada 12 loji penapisan minyak ditutup, kesatuan pekerja pengendali trak menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri supaya tidak mengehadkan bekalan minyak rizab kepada pengusaha pengangkutan.
Ketika Sarkozy mahu melanjutkan had umur persaraan yang kini sedang didebatkan di Dewan Senat, Menteri Pengangkutan Perancis, Dominique Bussereau cuma menenangkan kebimbangan kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan bahan api.
Kebimbangan itu berlaku ekoran mogok yang bermula sejak beberapa hari lalu menjejaskan 70 peratus kapasiti loji penapisan minyak.
Sarkozy mahu meningkatkan had umur persaraan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit awam Perancis. - AFP

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.