Harakahdaily
GUA MUSANG, 16 Okt: Akar umbi Umno di Gua Musang sedang berusaha keras memujuk pucuk pimpinan mereka di Kuala Lumpur agar memilih calon yang mereka kehendaki untuk pilihan raya kecil Galas.
Usaha mereka ini disokong oleh pimpinan Umno negeri walaupun mereka sudah agak kecewa apabila Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai pengarah pilihanraya kecil itu.
"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih oleh parti, dia menikam pemimpin kami ini," kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.
Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.
Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian.
Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li.
Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti.
"Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan.
Beliau merujuk kepada Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang.
"Mereka inilah pejuang sebenar Umno. Tapi kini terpinggir. Ambo pun tak tahulah, apa yang mereka (pemimpin Umno negeri dan pusat) nak. Ku Li ni bukan bersama Umno, dia penyokong PAS. Siang male (malam) bekerja sokong kerajaan negeri (Kelantan)," kata beliau lagi.
"Lagipun, Ku Li tak baik doh dengan istana lepas naik raja baru nih. Kalau dulu boleh kito kata istana sokong dia," kata pemimpin Umno tempatan itu. Menurut beliau, Ku Li memihak kepada Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis yang kini sudah terpinggir dalam kemelut istana Kelantan itu ekoran perlantikan Tengku Faris sebagia sultan Kelantan yang baru.
Baru-baru ini, Bernama melaporkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan pada 4 November ini.
Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Zamzani Harun, 39. Kedua-dua nama ini adalah bekas pemimpin Semangat 46 yang bersama dengan Ku Li dahulu atau mereka yang menjadi penyokong kuat Ku Li di Gua Musang kini.
"Kalau nak lantik di kalangan Pemuda Umno kenapa Zamzani. Dia naib je. Kenapa tak pilih Bazlan (ketua pemuda bahagian)," kata beliau lagi.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan