Resolusi dan Pelan Tindakan Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan Sarawak
(Petrajaya, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu)
1. Berusaha untuk menarik penglibatan golongan pemuda dengan pendekatan yang tepat berdasarkan kesesuaian di tempat masing-masing.
2. Memastikan setiap ahli pemuda di kawasan mengikuti usrah dengan pengisian yang mampu memberi kefahaman tentang konsep perjuangan Islam serta pendirian jemaah terhadap sesuatu isu.
3. Menekankan kepada setiap ahli pemuda bahawa tarbiah, dakwah dan siasah bergerak seiring tanpa mengabaikan mana-mana aspek tersebut.
4. Bersiap siaga untuk membantu jemaah dalam persediaan menghadapi pilihanraya DUN Sarawak berdasarkan kemampuan masing-masing dengan kepakaran yang dimiliki.
5. Setiap ahli pemuda mesti menampilkan tasawwur Islam yang syumul melalui penampilan, akhlak, pendekatan dakwah dan cara berpolitik.
6. Peka dan menjuarai permasalahan serta isu di dalam masyarakat setempat bagi menghubungkan jamaah dengan ummah
Resolusi dan Pelan Tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
1. Memperkasa aktiviti penerangan dengan menggunakan segala medium seperti Facebook, program yang bersesuaian dan risalah.
2. Memantau perjalanan usrah di peringkat kawasan dengan manhaj yang bersesuaian.
3. Menyusun atur tenaga pemuda dalam persediaan menghadapi pilihanraya DUN Sarawak.
4, Memastikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak menjalinkan hubungan yang kukuh di dalam Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak, demi menghadapi pilihanraya DUN Sarawak dengan persediaan dan strategi yang mantap.
5. Berusaha mengelakkan konflik dalaman dan mengukuhkan wihdatul fikr dan wihdatul amal di kalangan setiap ahli pemuda.
Bintulu, Sarawak
16 Oktober 2010, 8 Zulqaedah 1431
1.00 petang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan