Oleh: edyesdotcom
"
ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.
Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.
Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.
Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.
Al-Fatihah
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri parti PAS telah memberi laluan kepada pilihanraya setelah meninggal dunia hari ini. Pemergian arwah ADUN Galas telah memberikan seribu rahmat ke bumi Galas yang berada di dalam kawasan parlimen Gua Musang.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku pilihanraya di suatu-suatu tempat, ia pasti akan meransang insfrastruktur dan ekonomi di DUN tersebut, malah ia berkemungkinan diangkat menjadi DUN anak emas kerajaan Barisan Nasional.
Warga Galas diminta bersedia untuk menyambut gula-gula UMNO yang berbentuk projek mee segera mengetar jalan-jalan kampung, malah jalan yang ditar itu mungkin sampai ke perkarangan rumah anda sekiranya anda mengaku menyokong BN sekeluarga.
Pasti banyak jambatan atau jamban usang bakal ditawarkan pembaharuan atau dinaik-taraf dalam menifesto segera kerajaan pemerintah, tetapi hanya akan berlaku sekiranya BN menang. Jangan dihairankan sekiranya wang benar-benar jatuh dari langit hasil ehsan kerajaan Barisan Nasional. Wang ini halal untuk diambil sekiranya tidak mengundi mengikut yang ditelunjukkan dan menjadi haram sekiranya mengundi bagi pihak yang memberi, itu rasuah namanya.
Penduduk Felda Sungai Buaya yang sehingga hari ini masih menunggu baki Ringgit Malaysia 49 ribu boleh mengambil kesempatan untuk sama-sama berkempen sambil memohon bakinya yang belum Najib bayar segera dilunaskan. Sekiranya kerajaan Najib buat tak tahu atau bahasa kampungnya 'buat bodoh', maka anda wajar menceritakan kebohohan anda ketika pilihanraya Hulu Selangor kepada warga DUN Galas.
Seluruh jentera kerajaan pusat termasuklah pejabat Perdana Menteri pasti hadir untuk cubaan memenangkan pihak kerajaan. Najib juga pasti akan sekali lagi mengungkapkan tawaran sepertimana yang dia lakukan di Sibu, tetapi ungkapan kali ini mungkin bukan 'You help me, I help you', tetapi berbunyi 'demo tolong kawe, kawe tulong demo, buleh dok?'. Perlu diingat, rasuah juga ada yang halal (sekiranya dari pihak kerajaan).
Untuk jentera pilihanraya PAS, jadikanlah kekecewaan di Manik Urai sebagai pedoman yang paling berharga untuk menghadapi pilihanraya Galas. PAS sebagai parti abang yang punya banyak pengalaman pasti akan memberikan yang terbaik dalam pilihanraya yang bakal dipukul dan dipalu oleh Barisan Nasional sebagai titik kebangkitan setelah dimalukan di Sibu.
Untuk PKR pula, ini adalah satu medan ujian yang penting kerana pilihanraya akan berlaku sejurus sebelum pengundian pemilihan dijalankan. Oleh itu, calon-calon yang bertanding, baik dari jawatan timbalan presiden, atau naibnya dan paling penting para calon pemudanya dapat menunjukkan warna sebenar dalam menghadapi realiti pilihanraya - yang berliku-likang.
Ini terutamanya bagi calon-calon ketua AMK, dapat kita melihat sejauh mana peranan yang dijalankan oleh setiap calon samada mencapai apa yang disasar atau tidak langsung berdaya saing. Jadikanlah medan pilihanraya ini medan sebenar untuk berperang dengan kebejatan BN, maka pukul lah habis-habis tanpa belas kasihan, tidak seperti pertandingan pemilihan yang bersifat kekeluargaan. Di sinilah para ahli Keadilan melihat kesungguhan pemimpin AMK mereka dalam menjalankan tugas, dan juga kepimpinan tertinggi juga wajar bijak melayani asakan wartawan.
Semua jentera pilihanraya harus dihidupkan enjinnya malam ini juga. Ini adalah pilihanraya ke-12 pada pasca 8 Mac. Justeru, pengalaman berdepan dengan jentera UMNO dan Barisan Nasional harus dijadikan pedoman terbaik, demi mempertahankan kerusi DUN Galas!
Pengundi negeri Kelantan yang selalu mengaku mereka bijak politik, harus membuktikan kebijaksanaan mereka itu tidak boleh dijual beli dengan uwang ringgit. Terjemahkanlah kebijakkan itu melalui satu kemenangan yang menjadi signal bagi jalan keluar kerajaan BN pada jasad Putrajaya.
Ayuh, tunjukkan mereka jalan keluar ! Buktikan kuasa rakyat itu kuasa keramat !!
EDYES @ edyesdotcom
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan