Gelaran "Datuk" Di Jual Beli Oleh Pihak Tertentu
Soalnya sekarang, bagaimana mereka yang mendapat gelaran terbabit sanggup bertindak sedemikian. Mereka menggunakan title "Datuk" untuk melakukan aktiviti jenayah yang jelas bertentangan dengan kedudukan terpuji mereka itu. Ramai pihak yang mengatakan bahawa semua ini berlaku akibat ada sesetengah "pihak istana" yang gemar "menjual gelaran" tersebut kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapat keuntungan. Bayangkan jika gelaran itu dijual dengan raga tertentu sekitar RM150 ribu hingga RM250 ribu satu, maka ramailah yang boleh membelinya termasuk penjenayah. Perkara ini sukar untuk dibendung kerana nama-nama mereka yang akan menjadi penerima gelaran tersebut dihantar oleh pihak Kerajaan Negeri sendiri melalui pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK). Ada pegawai berkenaan yang gemar "mencari makan" dengan memperdagangkan gekaran terbabit untuk mencari kemewahan. Bayangkan, satu gelaran terkadang akan dibayar "komisyen" sehingga mencecah RM50 ribu. Bukankah ia satu angka yang cukup membanggakan bagi mereka yang terlibat. Hasilnya, mereka gagal untuk mengenalpasti latar belakang penerima. Hingga "si pulan bin si pulan" yang sepatutnya tidak layak sekali pun akan menerima gelaran tersebut seandainya mereka cukup wang untuk membayar harga sebuah pingan "gelaran Datuk" itu sebenarnya. Senario ini berlaku dimana-mana dan amat sukar untuk dibendung kerana mereka yang membuat kerja terkutuk ini pandai "makan dan pandai simpan". Perkerjaan mereka ini licik dan sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa, tambahan pula bila mereka menjaja nama "istana" untuk menakut-nakutkan pihak yang cuba menyiasat aktiviti mereka. Akhirnya penyakit ini menjadi bertambah parah dan merupakan barah yang sukar untuk dibendung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan