
Kejutan terus berlaku dalam pemilihan PKR peringkat cabang di seluruh negara. Terbaru, selepas dicalonkan sebagai
Naib Presiden PKR anak Ketua Umum parti itu
Nurul Izzah Anwar dicalonkan pula sebagai
Timbalan Presiden. Pencalonan telah dibuat oleh PKR
Cabang Keningau di Sabah. Apapun pun, difahamkan Nurul hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden sahaja. Beliau kini telah mendapat
12 pencalonan. Terbaru, beliau menerima pencalonan daripada
Cabang Pensiangan yang bermesyuarat semalam. Sementara itu Cabang Keningau turut membuat kontroversi apabila mencalonkan
Datuk Zaid Ibrahim sebagai
Presiden PKR.
Datuk Kamarul Baharin Tewas Di Teluk Kemang

Berita paling mengejutkan diterima semalam ialah kekalahan seorang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di cabang masing-masing. Ahli Parlimen Teluk Kemang,
Datuk Kamarul Baharin Abbas (foto) gagal merebut jawatan ketua PKR cabang berkenaan selepas tewas kepada pemangku jawatan tersebut,
M Ravi yang juga
ADUN Port Dickson. Beliau tewas dengan
majoriti 144 undi dalam pemilihan yang diadakan di cabang itu semalam. Beliau yang sedikit kecewa dengan senario itu menyifatkan
kekalahannya sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.
"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin", katanya.
Elizabeth Wong Tertewas Di Petaling Jaya Utara

Satu lagi berita panas yang pasti mengejutkan ialah kekalahan
ADUN Bukit Lanjan yang juga merupakan
Exco Kerajaan Negeri Selangor,
Elizabeth Wong (foto). Beliau tewas dalam pertandingan empat penjuru dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang itu semalam. Elizabeth hanya mendapat
161 undi, manakala pencabarnya yang menenangi jawatan itu
Lee Chin Cheh pula mendapat
222 undi. Sementara itu dua lagi calon iaitu
S.Kandiah mendapat
110 undi dan
Quek Chee Hoe hanya mendapat
2 undi sahaja. Kekalahan itu sedikit mencemarkan imej beliau yang dilihat calon popular untuk memenangi jawatan tersebut sebelum ini. Walau bagaimana pun, menurut laporan Elizabeth telah membuat bantahan kepada
Jawatankuasa Pemilihan PKR kerana mendakwa pemenang jawatan
Lee Chin Cheh adalah ahli PKR dari cabang lain dan bukannya
Petaling Jaya Utara (PJU). Difahamkan Lee adalah ahli PKR cabang
Petaling Jaya Selatan dan tidak layak untuk bertanding di cabang itu.
Dua Mesyuarat Tangguh Akibat Kehadiran Ramai

Sementara itu, apa yang paling menarik untuk diperkatakan ialah berkenaan penangguhan dua
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), akibat kehadilan ahli (perwakilan) yang terlalu ramai.
Kehadiran diluar jangkaan itu tidak dapat menampung kapasiti ruang mesyuarat dan jumlah
Pegawai Pemilihan serta petugas yang tidak mencukupi. Bayangkan, MATC di
Cabang Kapar lebih
3,000 perwakilan hadir untuk mengambil bahagian dalam pemilihan peringkat cabang dan pencalonan bagi pucuk pimpinan pusat. Masalah juga timbul akibat mesyuarat yang diadakan di
Dewan Serbaguna Meru hanya mampu menampung kira-kira 1,000 orang perwakilan sahaja. Manakala itu di
Cabang Petaling Jaya Selatan pula pemilihan cabang terpaksa ditangguhkan kerana kehadiran
perwakilan yang terlalu ramai hingga mencecah 3,000 orang, sedangkan hanya terdapat
12 orang Pengawas Pemilihan sahaja yang ditempatkan disitu.
Walau bagaimana pun pemilihan calon bagi jawatan tertinggi peringkat pusat diteruskan. Mesyuarat juga terpaksa ditangguhkan kerana ruang di
Dewan Sivik MPPJ hanya mampu menampung kira-kira 2,000 orang, sedangkan kehadiran perwakilan jauh lebih ramai dari itu.
[Apapun, secara keseluruhannya Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang diadakan semalam berjalan dengan baik di seluruh negara. Jumlah kekecohan yang berlaku adalah kecil dan dapat diatasi dengan segera oleh pihak yang berkenaan. Cuma, apa yang mengejutkan ialah kenapa nama Zaid Ibrahim dicalonkan sebagai Presiden PKR oleh Cabang Keningau di Sabah. Malah, mencalonkan Nurul Izzah bagi jawatan Timbalan Presiden juga didapati sengaja menimbulkan kontroversi dalam parti itu. Apakah, ada cabang-cabang yang sengaja mahu mencari publisiti murahan dengan membuat sesuatu diluar jangkaan?. Apakah keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara atau mereka sengaja mencari masalah sebenarnya. Adalah lebih elok cabang-cabang yang bermesyuarat selepas ini membuat pencalonan berdasarkan suara majoriti dan situasi semasa. Itu yang lebih baik daripada menimbulkan lebih banyak kontroversi nanti].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan