LOS ANGELES - Sekumpulan pegawai tentera udara Amerika Syarikat yang sudah bersara dijangka mendedahkan pencerobohan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) ke atas lokasi-lokasi senjata nuklear AS pada hari ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Enam pegawai tentera itu akan menamatkan sikap membisu selama beberapa dekad berhubungn pencerobohan tersebut.
Penulis buku UFOs and Nukes: Extraordinary Encounters at Nuclear Weapons Sites, Robert Hastings akan menjadi hos sidang akhbar itu.
Dia akan mengemukakan bukti manakala beberapa bekas anggota tentera AS bakal menyokong dakwaan tersebut.
Dalam satu kenyataan Hastings mengisytiharkan: "Pada akhirnya, semua saksi itu tampil ke depan untuk menyatakannya, seolah-olah ia tidak dapat dipercayai bagi sebahagian orang bahawa UFO telah lama memantau nuklear kita."
Seorang bekas anggota tentera, Kapten Robert Salas yang dijangka hadir mendakwa pernah melihat satu insiden UFO pada 1967.
Menurutnya, pada insiden itu, UFO telah menyebabkan satu gangguan di Pangkalan Tentera Malmstrom di Montana. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan