Pilihanraya Kecil DUN Galas: SPR Bakal Mulakan Mesyuarat Khas Bagi Umumkan Tarikh Penamaan Calon Dan Pengundiaan Selewat-Lewatnya 6 Okt !!


PETALING JAYA, 28 Sept [11.12 am] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan selewat-lewatnya 6 Oktober depan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata, pilihan raya kecil DUN berkenaan akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima, 47, pada Isnin. "Pilihan raya kecil bagi DUN berkenaan perlu diadakan kerana tempoh 'edah' sebelum berakhirnya penggal pilihan raya belum sampai. "Memandangkan sekarang berlakunya kekosongan bagi kerusi berkenaan, maka pilihan raya kecil mesti diadakan. "Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan hanya jika sesuatu kekosongan itu berlaku selepas Mei 2011," katanya. Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, SPR perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasiruddin Daud. Sementara itu Polis Kelantan suda bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya SPR menetapkan kekosongan kerusi DUN Galas perlu diadakan dalam masa terdekat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakannya dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar. "Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman dan selamat," katanya.
[Pilihanraya kecil DUN Galas dijangka akan menjadi antara yang terbaik, kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri faham akan situasi di situ. Tambahan pula, jika BN menang sekali pun di kerusi itu mereka tidak akan mengubah keputusan di peringkat negeri. Apapun, kita amatlah berharap agar Pakatan Rakyat dapat menggandakan usaha agar dapat mempertahankan kerusi DUN itu dengan undi majoriti yang lebih besar daripada pilihanraya umum lalu. Tambahan pula DUN Galas berada dalam kawasan parlimen Gua Musang yang secara tradisinya menjadi kubu kuat UMNO BN sejak sekian lama. Apakah Ku Li akan berjuang untuk membantu PAS kali ini memandangkan beliau juga kecewa dengan keputusan Petronas engkar terhadap perjanjian minyaknya dengan Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.