Kontroversi: Kes Edaran Dadah Terbesar Hampir Terlepas Gara-Gara Pegawai Polis Khianat Curi 40 Kg Dadah Yang Di Rampas Daripada Penjenayah !


Sungguh mengejutkan apabila satu kes jenayah besar hampir terlepas akibat kecuaian pihak polis sendiri. Ini berlaku apabila seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuantan semalam membidas pihak polis, berikutan kehilangan kira-kira 40 kilogram dadah jenis syabu daripada ratusan kilogram dadah yang dijadikan bahan bukti dalam satu kes pengedaran dadah terbesar di negara ini. Kehilangan dadah tersebut dan faktor utama kegagalan pihak pendakwa membuktikan dadah yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe, 48, daripada tuduhan mengedar 753 kilogram dadah. Yong Toe dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas mengedar dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lalu. Lelaki dari Taman Iskandar, Johor Bahru itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Dalam kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuantan itu semalam, mahkamah juga dikejutkan dengan bukti beberapa anggota polis terbabit mencuri exhibit (bahan bukti) iaitu dadah yang dirampas terbabit. Difahamkan, ia berlaku dalam kawasan polis sendiri, soalnya kenapa mereka sanggup khianat agaknya?.
[Soalnya sekarang, kenapa pegawai polis terbabit hanya dikenakan dalam bentuk kenaikan pangkat dan gaji mereka dibekukan. Sepatutnya, seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu didakwa dan dihukum penjara. Pegawai penyiasat kes itu juga seolah-olah "memandang sebelah mata" dan tidak mahu menambah beban tugasnya biarpun mengetahui kesalahan dilakukan beberapa anggota polis terbabit. Bukankah ini satu bukti "double standard" yang diamalkan oleh pihak polis sebenarnya. Bayangkan, jika berlaku kepada orang awam maka sudah pastilah mereka akan ke tali gantung. Tambahan pula jumlah adalah besar dan wajar pegawai terbabit didakwa sebenarnya. bahkan, akibat kecuaian itu menyebabkan penjenayah terbabit hampir berjaya melepaskan diri daripada pertuduhan berkenaan. Maknanya yang terlibat pastinya berpangkat tinggi dan ini harus didedahkan kepada umum, jika tidak rakyat akan hilang kepercayaan kepada pihak polis sebenarnya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.