Rasuah Berleluasa Kerana Ajaran Golongan Itu


Akibat kegagalan untuk menyiasat dan memantau dengan serius kegiatan ini, maka akhirnya aktiviti golongan ini berleluasa. Mereka bebas memohon projek sana sini dan menggertak pihak-pihak tertentu di jabatan-jabatan kerajaan untuk mempercepatkan permohonan projek mereka. Baik permohonan pembalakan, kontrak, perlombongan, tanah dan sebagainya. Oleh kerana takut dikenakan tindakan oleh pihak atasan makan pegawai kerajaan terpaksa mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan yang dibuat oleh pihak terbabit. "Datuk-Datuk" ini pula sebenarnya bukan ada langsung jasa kepada rakyat, tetapi mereka membeli gelaran "Datuk" hanya untuk tujuan "mencari makan". Akhirnya kegiatan jenayah terus berleluasa, aktiviti rasuah merasuah juga akan berlaku. Daripada pegawai besar hinggalah yang sekecil-kecilnya semua mendapat habuan duniawi itu. Duit rasuah tersebut seolah-olah menjadi "halal untuk dimakan" oleh pihak berkenaan. Rasuah atau duit "under table" kini menjadi sebahagian daripada "rezeki" pihak terbabit. Mereka sudah tidak nampak lagi "halal haram" dek kerana "mata dan telinga" diikat oleh golongan "Datuk" terbabit. Tanyalah mana-mana jabatan kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG), Pejabat Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD) serta lain-lain jabatan teknikal yang mempunyai kuasa pemutus untuk meluluskan sesuatu projek itu sebenarnya. Inilah realiti yang berlaku dalam jabatan kerajaan di Malaysia. Apakah ia harus dibiarkan untuk ditonton oleh kita semua? Sedangkan kegiatan itu jelas didalangi oleh golongan "Datuk" yang menggunakan gelaran itu hanya untuk kepentingan peribadi?. Apakah kakitangan kerajaan boleh dipersalahkan sedangkan mereka ditekan dan dipaksa oleh pihak atasan?

Jenayah Libatkan Golongan "Datuk" Berleluasa
Mungkin dek kerana kealpaan pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan perkara ini, maka jenayah yang melibatkan golongan itu berleluasa di negara kita. Terbaru, kita digemparkan dengan berita seorang Peguam bergelar "Datuk" yang terlibat dengan pembunuhan kejam jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain baru-baru ini. Biarpun gelaran itu kemudian dipertikaikan kononnya "palsu", namun hakikatnya kita amat yakin yang gelaran itu memang "dibeli" sebenarnya. Ia dikatakan palsu, supaya pihak polis tidak menyiasat "broker" yang menguruskan urusan terbabit. Malah, ia juga bagi menjaga nama baik pihak "istana" yang menganugerahkan gelaran itu. Semua ini sudah boleh dibaca oleh rakyat yang bijaksana. Akhirnya perkara gelaran "Datuk" itu ditutup rapat-rapat. Kononnya peguam terbabit menggunakan gelaran palsu. Jika palsu kenapa dia berana menggunakan gelaran tersebut dalam majlis-majlis tertentu yang disertainya sebelum ini?. Makanya bukankah menjadi satu keganjilan apabila kes "Datuk" ini ditutup. Atau mungkin juga ada pihak istana yang tidak mahu ia dibongkarkan demi menjaga maruah dan nama baik istana. Jika ini berlaku pasti selepas ini ada yang akan lakukan lagi kerana mereka akan fikir kegiatan mereka itu selamat.

[Terbaru, semalam satu lagi kes membabitkan "Datuk" dilaporkan. Ia berkaitan kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta. Dalam kejadian itu polis dipercayai telah menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin Pahang pada 2 Mei 2009. Paling menggemparkan polis juga dilaporkan menahan seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang berusia dalam 30an. Jika benar dakwaan ini, maka ternyata kegiatan jenayah tersebut didalangi oleh golongan terbabit. Bukankah ini bukti jelas bahawa gelaran dan pingat itu telah dijadikan "lesen besar" untuk mereka bebas daripada undang-undang. Kejadian ini membuktikan kepada kita bahawa memang jenayah besar yang berlaku di negara kita ini didalangi oleh golongan "Datuk Palsu" terbabit. Berita selanjutnya klik sini].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.