Akhlak Blogger UMNO Makin Parah, Selepas Hina Tok Guru Dan Caci Ulamak Kini Mereka Rela Gelar Blogger Pro-Pakatan Sebagai "Anjing-Anjing" Pula

Mungkin dek kerana terlalu ghairah dan taksub untuk "mengipas" pemimpin UMNO agar sedar dengan kehadiran beliau maka blogger pro-kerajaan tergamak mengeluarkan kenyataan yang melampaui batas mutakhir ini. Bukan sahaja memaparkan gambar-gambar yang tidak senonoh malah sanggup menghina dan mencaci pula golongan ulamak. Inilah yang berlaku kepada salah seorang blogger handalan di Pahang iaitu Braveheart (foto) sekarang ini. Sejak awal penulisannya, beliau ternyata nampak agak terbuka mengkritik. Namun, mungkin dek kerana mahu pemimpin UMNO Pahang menyedari kelibatnya, maka akhirnya beliau sanggup mengadaikan maruah demi perjuangan sibernya itu. Sikap beliau ini amatlah memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Paling terbaru, beliau sanggup melabelkan blogger Pakatan Rakyat sebagau "anjing-anjing" yang kononnya sedang berkeliaran di DUN Tenang sekarang ini. Posting terbaru beliau yang bertajuk "Blogger (Pencacai) Pakatan Serang Tenang" jelas sekali menggambarkan kedaifan akhlak blogger terbabit. Tulisannya membuktikan maruahnya kini semakin terhakis sebenarnya. Sebelum ini, dalam posting terdahulu beliau turut menyatakan "Anjing-anjing yang masih kenyang ini akan berkeliaran di felda Tenang dan menyalak kesana kemari seperti yang diarahkan oleh tuan (guru)nya. Perhatikanlah, anjing-anjing ini juga sudah mula memasuki blog-blog pro kerajaan dan melemparkan kata nista serta fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin kerajaan"Selepas ini nanti tentulah segala bloger pencacai Pas dan penyokong parti DAP kafir harbi ini akan lebih nyaring suaranya, al-maklumlah mereka sudah kenyang diberi makan dan upah yang sewajarnya untuk menyalak menentang kerajaan. Jangan hairan jika nanti anjing-anjing ditepi jalan juga akan mula menyalak setiap siapa yang lalu lalang", ketika menghina kononnya Tuan Guru Nik Aziz membuat fitnah ketika mengulas isu "Hudud" di Kelantan semasa Majlis Ramah Mesra dan Dialog Blogger yang diadakan baru-baru lalu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Justeru rakyat diminta menilai apakah mentaliti dan sikap sebenar perjuangan dan hala tuju blogger seperti ini

Klik pada imej untuk besarkan bukti tulisan "Anjing" blogger terbabit
[Kami difahamkan blogger terbabit sebelum ini sendiri telah banyak kali menghentam Kerajaan UMNO BN di Pahang, akibat tidak ambil peduli kebajikannya. Malah difahamkan sedang berusaha membawa kembali proksinya ke dalam politik Pahang iaitu bekas Ketua Pemuda yang telah diterajang oleh MB Adnan Yaakob iaitu Datuk Azizan Yaakob. Kini beliau dan kuncu-kuncunya sedang melakukan strategi untuk memastilkan masa depan Datuk Azizan kembali cerah dipersada politik di Pahang. Malah, beliau juga sering menghuru-harakan UMNO Jerantut dengan berbagai pendedahan panas yang dibuat menerusi blog-blognya yang pelbagai itu. Kami difahamkan beliau mempunyai banyak blog dalam versi yang berbeza. Soalnya, kenapa beliau meracau tidak tentu pasal sekarang ini agaknya. Apakah motif dan matlamatnya sebagai Exco Blogger Pembela Negara bagi negeri Pahang itu akan tercapai jika ini keadaannya. Kami difahamkan, nasib beliau dan blogger-blogger "hardcore" lain kini terpinggir dan hak mereka dinafikan. Anehnya, beliau menggelarkan pula blogger pro pembangkang sebagai "pencacai", sedangkan hakikatnya blogger seperti inilah yang menjadi pencacai sebenarnya. Apakah ia boleh dimaafkan?].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.