Umno: Biar mahkamah putuskan isu kerusi Pelabuhan Klang......M'SIAN INSIDER


Umno: Biar mahkamah putuskan isu kerusi Pelabuhan Klang......M'SIAN INSIDER

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah akan membawa isu statusnya dilucutkan semalam ke mahkamah, kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Bagaimanapun Noh mengakui bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim boleh mengisytiharkan kerusi itu kosongan dan pihaknya menunggu pemakluman rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pun begitu Badrul Hisham enggan mengulas apabila ditanya bila beliau akan memfailkan kesnya di mahkamah.

“Tiada komen. Saya akan memaklumkan esok,” kata wakil rakyat penggal pertama itu pada sidang media di sini hari ini.

Badrul Hisham juga mengesahkan beliau akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Isnin ini.

Wakil rakyat itu menyertai Umno April lalu selepas meninggalkan PKR Oktober 2009.

Pada 8 Mac 2008 beliau bertanding atas tiket PKR.

Dalam laporan pagi tadi, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan Prof A. Aziz Bari melaporkan speaker Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang yang berkaitan dengan dewan tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang.

Aziz menambah Adun Pelabuhan Klang itu berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Teng semalam sebagai tidak sah.

Justeru katanya, SPR tidak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisi menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihan raya.

Kata Aziz, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan di mana jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dia boleh membawanya ke mahkamah.

“Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini.. speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan,” kata beliau.

KWAH KWAH KWAH.. SUDAH DIJANGKA DARI AWAL... UMNO TAK DE TELOQ... NO EGG..NO BALLS ...CAKAP BERDEGAR-DEGAR KONONNYA UMNO SUDAH PULIH DARI KEYAKINAN RAKYAT....BILA NAK DIUJI KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN MEREKA KECUT BACUL.. kwah kwah kwah...PRESIDENNYA NAJIB RAZAK TAKUT NAK BERDEBAT DENGAN KETUA OPOSISI YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM WALAU PUN MENDABIK DADA KONONNYA DSAI AKAN DEMAM DENGAN MAKLUMAT YANG ADA PADANYA....kwah kwah kwah... KALAU KETUA NOMBOR SATU UMNO DAH KECUT BACUL APALAH NAK DIHARAPKAN PEMIMPIN PERINGKAT BAWAHAN....kwah kwah kwah...DENGAN RAKYAT PUN TAKUT NAK BERSEMUKA... kwah kwah kwah...DEPAN AHLI-AHLI, PENYOKONG TOTOK DAN PENDOKONG TEGAR BOLEH EKSYEN...TEST MARKET TENGOK....kwah kwah kwah...BAWALAH ISU DERHAKA , KETUANAN MELAYU DAN HERET KEPALA LEMBU...INILAH MASA YANG TERBAIK...kwah kwah kwah...UMNO TIADA KEMALUAN LANGSUNG... kwah kwah kwah...RIP UMNO..REST AND ROT IN HELL!!!...kwah kwah kwah...

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.