LABIS, 19 Jan [6.00 pm] - Tanpa mengambilkira pandangan banyak pihak terutamanya pemimpin UMNO setempat dalam soal pemilihan calon Barisan Nasional untuk bertanding di
DUN Tenang pada Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan hujung bulan ini, tiba-tiba Timbalan Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin mengumumkan
Mohd Azhar Ibrahim (foto) mewakili parti itu. Difahamkan, ini menimbulkan kemarahan ramai pemimpin dan penyokong
UMNO Bahagian Labis. Tambahan pula Azhar hanyalah ahli biasa bahagian itu cuma beliau pernah menjadi
Bendahari Pemuda UMNO Labis suatu ketika dulu. Azhar juga merupakan
Penolong Pegawai Daerah Rengit. Maka itu, pemilihan Azhar dilihat satu petanda awal kejatuhan BN untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang sebenarnya. Terdahulu Muhyiddin mengumumkan di kawasan lapang di belakang
Pejabat UMNO bahagian Labis di hadapan hampir
700 penyokong BN. Ramalan awal menjangkakan UMNO akan memilih calon wanita untuk bertanding kali ini, tambahan pula calon PAS adalah wanita. Namun, ternyata sangkaan ramai meleset sama sekali dengan pemilihan Azhar ini. Apapun, ia sedikit memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat samada bagi mengurangkan majoriti undi BN atau pun merampas terus kerusi DUN itu nanti. Tambahan pula difahamkan undi pos yang terdapat disitu hanyalah sekitar
18 undi sahaja. Ini akan memberi
tamparan hebat kepada UMNO BN yang selama ini dipercayai memanipulasi undi pos sesuka hati.
[Nampaknya ramai penyokong UMNO BN pasti marah dengan kenyataan ini. Namun, itulah hakikatnya. Mana mungkin, seorang ahli UMNO biasa yang hanya bekas Bendahari Pemuda pada zamannya boleh dipilih sebagai calon. Sedangkan, tujuan asal puak-puak UMNO sanggup gunakan "politik wang" untuk menang jawatan-jawatan penting dalam parti hatta di peringkat bahagian sekali pun ialah demi kuasa. Mereka tahu, apabila kuasa ada maka mudahlah untuk menentukan hala tuju dan perjuangan mereka. Maka, kenapa Ketua UMNO Bahagian atau lain-lain pemimpin utama bahagian itu tidak dipilih oleh Muhyiddin. Kenapa pula Azhar Ibrahim yang dipilih?. Sedangkan seorang Ketua Bahagian UMNO mahukan jawatan itu, kerana mengimpikan untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sudah pastilah idaman mereka ialah untuk bergelar "Yang Berhormat". Maka itu, pemilihan Azhar sudah pasti amat mengecewakan mereka sebenarnya. Malah, terdapat ura-ura undi protes akan dibuat kepada calon BN atas kesilapan yang dilakukan oleh Muhyiddin ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan