Isu SUK: Siasatan terhadap Adun Sri Muda selesai

January 17, 2011
PUTRAJAYA, 17 Jan – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis telahpun menyelesaikan siasatan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei berhubung dakwaan bahawa beliau menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam blognya pada 30 Disember lepas.
Justeru, beliau berharap pihak Peguam Negara dapat mengambil tindakan selanjutnya dengan segera untuk menentukan sama ada Shuhaimi melanggar undang-undang sedia ada dan perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya.
“Dan jika terdapat kelewatan dalam siasatan polis, bahawa kita tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada mereka bagi membawa perkara itu ke depan, saya harap polis akan beri kerjasama penuh,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu di sini hari ini.
Hishammuddin berkata lebih 20 laporan polis berhubung perkara tersebut, yang turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan politik.
Mengenai isu azan, Hishammuddin berkata isu-isu sensitif seperti isu agama tidak seharusnya dipolitikkan.
“Saya fikir orang ramai dah penat berpolitiking mengenai setiap perkara termasuk agama. Sebagai menteri, saya hanya bimbang jika ia melibatkan keselamatan negara tapi sebagai individu, sebagai seorang rakyat Malaysia, perkara ini telah dibangkitkan untuk menimbulkan perasaan marah, perpecahan dan berkesudahan sebaliknya,” katanya.
Beliau mengulas tentang isu seorang pengadu mempersoalkan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan  Pantai Permai, Kuala Lumpur yang didakwa mengganggu tidurnya, sehingga menyebabkan demonstrasi di masjid itu baru-baru ini.
Ditanya mengenai kes tahanan yang meninggal dunia di bawah jagaan polis di Bukit Jalil baru-baru ini, Hishammuddin berkata ia tidak harus dilihat sebagai kes yang berasingan dan semua pihak perlu membenarkan pihak polis membuat siasatan.
Beliau berkata setiap agensi di bawah kementerian itu telah diingatkan untuk tidak mengambil mudah berkenaan  perkara tersebut, dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibekalkan dan telus dalam setiap siasatan.
“Kita pastikan mereka yang betul-betul bersalah dibawa ke muka pengadilan tapi jangan ada mana-mana pihak yang tidak berdosa dianiaya kerana sebab-sebab nak memperjuangkan keterbukaan kononnya,” katanya.
M. Krishnan, 37, didapati meninggal dunia dalam tahanan dan isterinya, P. Revathi, 37, mendakwa beliau telah didera sehingga meninggal dunia. – Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.