pelajar di bunuh dengan kejam di sarawak-Muhyidin Rashid's Photos


PELAJAR DIBUNUH KEJAM


SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini.

Mayatnya ditanam sedalam 0.5 meter di belakang rumah suspek di Kampung Sadong Jaya hari ini.

Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki.

Mangsa tidak pulang selepas keluar rumah dengan menunggang sebuah motosikal.

“Bagaimanapun, motosikal mangsa dilihat digunakan oleh seorang remaja lain di kawasan Sadong Jaya, malam tadi.

“Berdasarkan maklumat tersebut, polis telah melakukan siasatan dan menangkap suspek berusia 19 tahun di kediamannya di Kampung Sadong Jaya.

Suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi di mana mangsa ditanam.

Sepasukan anggota Forensik yang tiba di tempat kejadian menggali semula tanah berkenaan sebelum menemui mangsa yang masih lengkap berpakaian dan berlumuran darah di dalamnya.

“Siasatan awal polis mendapati, sebelum dipukul, sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan mereka, namun mangsa enggan.

ALAHAI RAMAINYA PENJENAYAH BEBAS BERKELIARAN..

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.