Debat: Dato' Fauzi Cadang Timbalan Pengerusi II Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Si Yusri Ahon Lawan Khairy Jamaluddin Bukan Anwar !!


TEMERLOH, 19 Jan [10.00 am] - Lawan sebenar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin jika mahu berdebat bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Timbalan Pengerusi II, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Yusri Ahon. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman (foto) berkata, Yusri Ahon adalah calon yang sesuai untuk berdebat dengan Khairy yang menawarkan diri menggantikan tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi berdebat dengan Ketua Umum PKR itu. Tambah Fauzi, ini disebabkan Khairy hanya duduk di kaki lima kabinet Najib yang tidak tahu apa-apa tentang dasar ekonomi dan subsidi kerajaan, justeru tidak layak berdebat tentang ‘Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat’. "Jika Khairy mahu menggantikan tempat Najib, maka Yusri adalah calon paling layak untuk berdebat dengannya pula. Lagi pun Yusri , walaupun berketurunan Orang Asli adalah lulusan universiti yang bijak menganalisis perkembangan ekonomi “PKR sedia sahut cabaran Khairy itu namun beliau perlu lawan Yusri dan bukannya Anwar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama jawatankuasa MPN yang pertama sesi 2011 – 2013 di Rumah Rehat Temerloh baru-baru ini. Sebelum ini, Khairy berya-iya mahu gantikan Najib untuk sahut cabaran berdebat dengan Anwar, setelah Anwar mencabar PM Najib berdebat isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.

[Berdebat memang satu cara terbaik untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam sesebuah negara itu. Malah, negara yang dianggap "polis dunia" seperti Amerika Syarikat sekali pun mengamalkan amalan berdebat secara terbuka untuk mana-mana pemimpin yang berhasrat menawarkan diri bertanding dalam jawatan utama politik di negara itu. Rakyat akan menilai setiap hujjah dengan minda yang terbukan tanpa dipengaruhi oleh faktor lain. Namum, anehnya negara Islam seperti Malaysia ini takut untuk berbuat demikian. Apakah yang ditakutkan sangat oleh mereka agaknya?. Apakah takut rakyat ketahui banyak penyelewengan yang berlaku atau sebaliknya. Lantaran itulah kami yakin debat ini tidak akan berlaku secara profesional di negara kita, malah jika ada sekali pun pasti akan dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan mereka dan gusar dengan kebangkitan rakyat itu sendiri sebenarnya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.