KUALA LUMPUR 17 Jan [12.12 pm] - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Februari hingga 25 Mac ini untuk sambung perbicaraan kes liwat babitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika sebutan kes itu di kamar beliau hari ini. Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 hingga 4.30 petang (26 Jun 2008).
[Nampaknya sampai bila-bila pun kes liwat II ini tidak akan tamat jika inilah keadaannya. Namun biar apa pun yang terjadi, rakyat sebenarnya sudah mengetahu sejak dari awal lagi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti akan disabitkan dengan pertuduhan terbaru ini. Tambahan pula, tindakan pihak berkenaan memberi tekanan kepada beliau dengan membawa masuk para pelakon baru seperti Ummi Hafilda Ali jelas sekali merupakan langkah terdesak untuk memastikan Anwar tetap ke dalam. Apa yang pasti, pilihanraya umum ke-13 pasti akan diadakan selepas sahaja pemimpin pembangkang itu dipenjarakan nanti].
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan