Akibat Tekanan Rakyat Maka Akhirnya SPR Beri Jaminan Undi Proksi Tidak Akan Di Laksanakan Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 Akan Datang !!

PUTRAJAYA 25 Jan [1.30 pm] - Pimpinan Pakatan Rakyat semalam mendapat jaminan daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa undi proksi tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya umum akan datang. Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali (foto) kepada media selepas bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini, bagi membincangkan isu-isu pilihanraya sebelum PRU-13 di sini. Sebelum ini SPR berura-ura mengemukakan cadangan untuk memperkenalkan sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih boleh mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihaknya yang dikhuatiri mendedahkan kepada segala kemungkinan penyelewengan dan salah guna. Namun cadangan ini mendapat bantahan daripada pelbagai parti yang menyifatkan cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan. "Tentang undi proaksi kita dapat satu jaminan yang jelas bahawa ini tidak akan dapat dilaksanakan oleh SPR kita telah mendapat jawapan daripada pengerusi bahawa undi proksi ini tidak akan dilaksanakan," kata Mustapha Ali. Tambah Mustapha Ali lagi pemimpin Pakatan Rakyat diberi jaminan bahawa tentera Wataniah tidak akan dimasukkan sebagai undi pos. "Tentang kemungkinan undi pos undi tentera dan sebagainya itu sebahagian dari undi pos yang kita dengar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan akan diwujudkan tentera Wataniah ini di setiap kawasan Parlimen,jadi kalau dikategorikan sebagai tentera dia akan jadi undi pos,tapi kita telah dapat jaminan tadi bahawa tentera wataniah tidak akan dimasukkan dalam undi pos," katanya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.