Penutupan ‘laman Rosmah’ di JPM bukti kerajaan takut



KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin (bertudung merah jambu) berkata, penutupan laman Pejabat Wanita Pertama (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kerajaan takut kewujudan pejabat itu didedah kepada umum.
Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.
“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.
Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.
“Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.
Rosmah sebelum ini dilapor mempunyai pejabat sendiri dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.O.M) di Jabatan Perdana Menteri, yang berfungsi khusus untuk menjaga hal-ehwal serta lawatan ke luar negara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pendedahan KeadilanDaily.com sebelum ini turut memuatkan sekali pautan ke muka surat laman web bahagian berkenaan namun semalam, laman itu dipadamkan dan tidak lagi dapat ditemui pada laman web Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata kebangkitan rakyat Tunisia yang menentang Perdana Menteri yang tidak mampu mengawal isterinya sendiri, tidak mustahil akan turut merebak ke Malaysia dalam jangka masa terdekat.
Beliau merujuk kepada kejatuhan bekas Presiden Tunisia, Zine al Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri daripada negaranya akibat kemarahan rakyat terhadap isterinya, Laila Trabelsi yang rakus menghabiskan harta negara.
“Jika dilihat di negara kita sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri gagal mengawal isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sehingga kini beliau hanya menikus apabila diminta memberi penjelasan berhubung pejabat Rosmah di Putrajaya,” kata Zuraida.Keadilandaily

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.