Kontroversi: Selepas Gobalakrishnan, Bekas Naib Presiden PKR Si Mustafa Kamil Ayub Pula Terima Surat Tunjuk Sebab Daripada Parti Itu Semalam ! bukti demokrasi telah wujud dalam pakatan rakyat...

Bekas Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub (foto) hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima satu surat tunjuk sebab daripada parti itu, dipercayai berkaitan tindakannya mempertikaikan proses pemilihan parti. Mustaffa berkata beliau bagaimanapun masih belum memutuskan sama ada akan menjawab surat yang ditandatangani setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution Beliau memberi alasan, tempoh selama sepuluh hari yang ditetapkan dalam surat tarikh bertarikh 13 Januari itu telahpun berakhir. Sedangkan, beliau hanya menerima surat berdaftar itu di rumahnya di Kota Damansara semalam, katanya lagi. "Saya sedang pertimbang apa langkah yang saya patut buat sebab tempoh dah tamat. Saya belum buat keputusan sama ada untuk jawab atau tidak," katanya lagi. Ketika ditanya, Mustaffa bagaimanapun enggan menjelaskan butiran lanjut dalam surat yang salinannya turut dihantar kepada ketua umum, presiden, dan naib presiden parti. "Tak tahulah saya, tapi nampak macam bersungguh-sungguh sangat (kandungan surat itu). "(Kandungan surat) itu saya tak mahu sebutlah. Tapi saya agak ada kaitan dengan proses pemilihan parti," kata bekas calon Timbalan Presiden itu lagi. Mustaffa merupakan pemimpin PKR kedua yang dikenakan tindakan disiplin selepas N Gobalakrishnan, calon Naib Presiden yang turut tewas bagi jawatan Naib Presiden PKR.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.