Edisi Pahang: 'Blogger Cucumatkilau' Berceramah Dengan 'Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man' Di Tapak Kompleks PAS Tanah Bercangkul Raub Malam Ini

RAUB, 23 Jan [3.55 pm] - Pakatan Rakyat terus melaksanakan agenda untuk mengambilalih Kerajaan Negeri Pahang dari tangan UMNO BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Umum mengetahui bahawa Pahang adalah negeri yang kini menjadi kubu kuat UMNO BN. Ia berikutan negeri ini mempunyai jumlah pengundi dikalangan peneroka Felda dan masyarakat orang asli terbesar di negara ini. Lantaran itulah, UMNO BN dilihat agak kukuh di negeri ini dalam PRU-12 lalu, biarpun gelombang tsunami politik melanda negara ketika itu. Susulan daripada itu agenda untuk menggempur tanah rancangan Felda dan perkampungan orang asli terus dilaksanakan demi merealisasikan hasrat tersebut. Begitu juga bagi kawasan-kawasan yang dilihat menjadi kubu kuat BN di negeri ini termasuk di kawasan Raub. Oleh itu, satu ceramah umum bakal diadakan pada malam ini (23 Jan) bertempat di Tapak Kompleks PAS Tanah Bercangkul dekat sini. Ceramah anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu akan menampilkan Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan wakil DAP. Turut diundang ialah Blogger Cucumatkilau (foto). Oleh itu, orang ramai di sekitar kawasan Raub dan yang berhampiran adalah dijemput hadir beramai-ramai pada malam ini.

[Banyak isu-isu panas yang akan disentuh oleh Blogger Cucumatkilau pada malam ini. Difahamkan beliau turut akan berceramah di Felda Chini 3, Pekan bersama Chegubard pada 4 Februari ini dan Felda Jengka 7, Maran pada 27 Februari. Sambutan hangat terhadap ceramah beliau menyebabkan jadualnya semakin padat sekarang ini. Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada CMK kerana sejjak tercetus kontroversi dia akan meninggalkan PKR namun nampaknya beliau semakin bersemangat meneruskan perjuangan rakyat dalam landasannya tersendiri. Ceramah beliau menarik perhatian kerana diserikan dengan persembahan slide presentation tentang isu-isu semasa, negeri, panas dan isu kontroversi].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.