Tak mau debat Buku Jingga, debat soal PD dan Mongolia pun ok...

Perilaku Datuk Dr Chua Soi Lek disifatkan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih dalam soal calon PAS di Tenang.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang media selepas forum 'Luncheon Talk with YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim' di Kelab Shah Alam.
Kata beliau, tindakan Presiden MCA itu membuat serangan peribadi terhadap Normala juga sesuatu yang jelek memandangkan latar belakang beliau yang sudahpun terjejas akibat skandal DVD lucah tidak lama dahulu.

"Chua Soi Lek bangkitkan isu peribadi dengan Normala, itu bagi saya sangat tidak adil, dan Chua Soi Lek nak bicara soal peribadi tu tak sesuai saya fikir. Jadi lebih baik tumpu soal dasar, keupayaan tokoh ini berbanding dengan tokoh BN," kata beliau.

Beliau menjelaskan ini hanyalah satu strategi Umno-BN mengalih pandangan rakyat daripada melihat kepada isu sebenar iaitu tatakelola kerajaan, rasuah yang berleluasa, kenaikan harga barangan yang drastik dan isu khidmat kepada masyarakat.

"Chua Soi Lek bercakap mengenai serangan peribadi? Apa sudah terjadi dengan halatuju politik negara ini? Kita mahu mendebatkan dasar tetapi nampaknya (serangan peribadi) telah menjadi paten," kata beliau.

Katanya lagi, rakyat perlulah memikirkan dan menilai dasar PAS dan PR, dasar Umno dan BN serta menilai kewibawaan dan keupayaan calon-calon yang bertanding.

Anwar menjelaskan, isu ini sama seperti respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana apabila Anwar menjemput Najib untuk berdebat soal dasar 'Buku Jingga' yang memuatkan pelan tindakan PR dalam 100 hari di Putrajaya, Najib menjawab dengan membuat serangan peribadi terhadap Anwar.

"Saya nak tekankan saya tak mahu layan soal peribadi, saya nak bicara soal ekonomi tetapi kalau dia tegas nak bicara dan debat soal peribadi, saya sedia, soal peribadi. Tuduhan liwat terhadap saya. Saya nak bangkitkan soal bunuh, soal rasuah, rampas isteri semua itu akan dibangkitkan, dan soal Port Dickson," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata beliau lebih berminat mendebatkan soal 'Buku Jingga' kerana isu tersebut telah menjadi satu persoalan kepada rakyat Malaysia dan perlu diperjelaskan.

'Tanya saya sebagai orang bertanggungjawab, jangan debat isu peribadi. Itu nasihat saya tapi kalau dia pilih saya terima. Saya masih tekankan perlu debat isu Buku Jingga," tegas beliau lagi.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.