Berikutan dari tekanan politik, Kerajaan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.?????


Berikutan dari tekanan politik, Kerajaan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.

“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.

“Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga sebelum kenaikan berlaku,” katanya.

Itu adalah kata-kata Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani bukannya kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Najib.. Kah kah kah kah kah kah kah...!!!

Harga minyak diturun semula

ISLAMABAD 7 Jan. – Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.

Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang.

“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.

“Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku,” katanya.

Sejak enam hari lalu, harga diesel dan petrol di negara ini meningkat antara sembilan hingga 5.6 peratus dan menjadi satu daripada 11 pakej pembaharuan yang dituntut oleh ketua pembangkang utama, Nawaz Sharif dengan memberi tempoh 72 jam kepada kerajaan untuk menjawab pada Selasa lalu.

Nawaz kemudiannya memanjangkan tempoh yang mengancam untuk menyingkirkan parti pemerintah dari kerajaan di wilayah Punjab itu bermula selepas tempoh tiga hari berkabung atas kematian ahli politik liberal Pakistan, Salman Taseer yang ditembak mati pada hari sama.

Parti kecil dalam gabungan kerajaan, Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) turut menyatakan kenaikan harga bahan api itu sebagai alasannya untuk keluar daripada kerajaan Ahad lalu, sekali gus akan merosakkan majoriti parti pemerintah dan meningkatkan kebimbangan berlaku pilihan raya awal.

Negara sekutu Pakistan di Barat bimbang dengan sebarang prospek yang akan menambahkan lagi ketidakstabilan di negara ini ketika kegawatan ekonomi, sementara AS meningkatkan tekanan supaya Islamabad perlu melakukan lebih banyak usaha memerangi al-Qaeda dan Taliban.

Namun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, ia adalah satu ‘kesilapan’ kepada Pakistan untuk menarik balik kenaikan harga bahan api itu yang disifatkan ‘bertindak kebelakang’ dalam usaha meningkatkan ekonomi negara itu yang semakin tenat.

“Kami percaya kerajaan Pakistan perlu memperbaharui undang-undang dan peraturan ekonominya, termasuk yang melibatkan bahan bakar dan kos pentadbirannya,” kata Hillary kepada wartawan.

Sehingga semalam, masih tidak nampak tanda-tanda Gilani akan tunduk dengan tuntutan Nawaz atau MQM yang lain-lain. – AFP

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.