Interlok: Kajian siap, ke Kabinet esok atau minggu depan

January 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Jan –  Cadangan mengenai kajian semula penggunaan novel “Interlok” untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima sudah siap dan akan diserahkan di mesyuarat jemaah menteri esok atau minggu depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata Kabinet telah mengarahkan supaya kajian semula dibuat berikutan dakwaan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan yang fakta dalam buku itu menyentuh perasaan sesetengah kaum.
Novel itu karya sasterawan negara Abdullah Hussain.
Kajian semula itu dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Jawatankuasa itu juga menerima maklum balas dari ahli akademik dan penulis kaum India, kata Mohd Puad kepada pemberita setelah merasmikan Persidangan Al-quran Antarabangsa di sini hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa itu juga telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah.
Mengenai tindakan kumpulan yang membakar buku itu di Klang pada Ahad lepas, Mohd Puad berkata ini berikutan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan buku itu.
Tindakan itu bukan sahaja satu penghinaan kepada penulis tetapi juga mengetepikan nilai kemanusiaan pendidikan untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini, kata beliau. – Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.