Oleh: Pria Malaya
Seksualiti Merdeka (SM) adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia..'Seksualiti' merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara 'merdeka' adalah merujuk kepada 'kebebasan' (hak asasi)..
Festival yg berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur..kalau diluar, SM ini berbentuk seperti 'Gay Parade' di negara2 barat..
(Logo Seksualiti Merdeka (SM)..apa yg anda boleh 'baca' dari logo ini?..kebebasan 'mutlak' dan pergaulan tanpa mengira jantina dan seksual..)
Antara aktiviti/program SM ini adalah melalui perundingan, forum, bengkel, seni, teater, muzik, konsert, yang diadakan bersama antara NGO dan individu...
(Antara aktiviti2 'ilmiah' Seksualiti Merdeka yang 'bebas' serta mendapat sokongan penuh anak pemimpin negara..jabatan agama kita di mana?? mana Yb Zul Kulim??...)
Perjuangan Seksualiti untuk golongan 'LGBT'
Melihat kepada 'pengenalan' tentang gerakan/kumpulan ini di dalam laman web rasminya, http://www.seksualitimerdeka.org, Seksualiti Merdeka adalah bermatlamatkan:
"Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya."Anda boleh baca seterusnya di laman web tersebut...dan jangan terkejut, video HOT yang menggemparkan negara baru-baru ini, berkaitan rakaman seorang Melayu-Muslim yang mengaku dan berbangga dirinya GAY adalah sebahagian daripada 'projek' kumpulan Seksualiti Merdeka!
Seperti apa yg tercatat pada 'status' video youtube di atas,
"Seksualiti Merdeka launches short videos featuring Malaysians telling young lesbians, gays, bisexuals and trangenders around the country not to despair: yes, it gets better. And it is possible to live honest, proud, fulfilling lives in Malaysia in spite of the situation."Ya, perjuangan SM adalah untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan kepada golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) ini dikalangan masyarakat Malaysia..
(Marina Mahathir sewaktu melancarkan Seksualiti Merdeka tahun 2009..sumber...)
Siapa sebalik tabir Seksualiti Merdeka?
Dari penjelasan di atas, maka ternyata SM ini adalah salah satu kumpulan/festival 'haram' yang memperjuangkan hak asasi 'kaum' homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia..
Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik gerakan haram ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir...
Bukti beliau terbabit dengan acara dan festival ala barat ini boleh dirujuk pada laman web rasminya di SINI..dan ianya turut disahkan oleh sebuah lagi laman weblog di SINI..
Penutup..
Jika kita selama ini mengenali ayahnya (Tun Mahathir) sebagai seorang yang anti-gay (kerana memecat Anwar Ibarahim yg kononnya disabitkan dgn aktiviti songsang ini), maka jangan terkejut, jika anaknya sendiri (Marina Mahathir) adalah seorang penyokong kuat amalan homoseksual termasuk amalan gay..(apa reaksi penyokong fanatik Umno/Mahathir?)..
Untuk yg terakhirnya, jika entry ini tidak cukup menjelaskan kepada kita bahawa anak Tun Mahathir ini penyokong amalan homoseksual di Malaysia, artikel penulis terdahulu mungkin mampu membantu kita mengenali secara jelas kita siapakah sebenarnya Marina Mahathir ini..
Anda boleh saksikan artikel penulis pada tajuk "[Kemaskini] GEMPAR: Marina Mahathir sokong amalan Homoseksual!! (18SX)"...fikir2kan..wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan