Kontroversi: Kes 'Teoh', Akhirnya PM Najib Razak Terpaksa Akur Dek Kerana Desakan Politik Untuk Segera Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja !

PUTRAJAYA, 8 Jan [12.57 am] - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) semalam mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock. Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Diraja tersebut akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli-ahli suruhanjaya yang terdiri daripada orang-orang yang terbilang dan dihormati. "Suruhanjaya ini akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas satu tauliah perlantikan Pesuruhjaya dikelaurkan oleh Yang DiPertuan Agung di bawah seksyen 2 Akta 119 dan boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertima yang dibenarkan di bawah seksyen 5 Akta 119," katanya. Pelantikan dijangka akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet Rabu depan, kata Najib. Baru-baru ini Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian pembantu politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun dibunuh. Sehubungan itu, banyak pihak mendesak penubuhan surahanjaya diraja bagi menyelesaikan kes berkenaan. Bagaimanapun Najib berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan bukan berdasarkan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik dan beliau berharap agar melalui penubuhannya akan dapat menyelesaikan kes tersebut. "Bagaimana pula dikatakan terdapat tekanan politik. Anda rujuk kepada kenyataan saya pada 17 Julai 2009. Saya sudah nyatakan mengenai hasrat kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja ini. "Saya berharap kegusaran keluarga berkenaan...kami bersimpati dengan keadaan mereka. Kami faham apa yang telah mereka lalui. Kami berharap mereka akan benarkan proses ini dijalankan dan berharap kami akan dapat mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya. Selain itu Perdana Menteri menambah bahawa Peguam Negara akan memfailkan satu permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menyemak keputusan Majistret tersebut. "Kita semua perlu sedar mengenai undang-undang di negara ini. Kita tidak harus terbawa-bawa dengan emosi kita. Apa yang penting ialah untuk kita ketahui kebenarannya. Kerajaan mahu tahu kebenarannya. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari kebenarannya...apa sebenarnya berlaku," katanya. Selain itu Najib berkata beliau sedia untuk berjumpa dengan keluarga Teoh.
[Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor ditemui mati pada 16 Julai 2009, di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama. Kita ucapkan tahniah kepada PM andai beliau benar-benar ikhlas mahu tubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menangani kes ini. Namun, siapakah yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya tersebut agaknya?. Memang benar kata PM, kesediaaan kerajaan itu bukanlah kerana tekanan politik. Namun, sedarkah kita pemimpin politik pembangkang yang banyak mendesak agar penubuhan suruhanjaya bebas itu dilakukan segera. Makanya, PM telah berdusta kononnya tiada desakan politik dalam hal ini sebenarnya. Agak mudah untuk menyimpulkan bahawa memang ada "konspirasi terancang untuk tidak mengaitkan SPRM" dalam kes ini. Ia bagi menjaga nama baik agensi tersebut dan kerajaan sendiri. Justeru itu, apakah kita boleh yakin suruhanjaya bebas itu benar-benar bebas untuk menyiasat kes ini? Atau sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata selepas lebih setahun membazirkan wang rakyat untuk membiayai inkues yang "tidak masuk akal" itu. Inilah yang menggusarkan rakyat, malah mereka berpendapat kes ini pasti akan menjadi seperti kes pembunuhan misteri paragawati Noritta Samsuddin dulu, yang akhirnya menyaksikan semua tertuduh dilepaskan dan pihak polis hanya memaklumkan terdapat "dua lembaga yang tidak dikenali" terlibat. Bukankah, kes itu masih menjadi tandatanya sehingga ke hari ini. Maka, apakah kita boleh terima kenyataan kes Teoh, andainya jawapan sama akan diterima seperti kes Noritta ini agaknya?].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.