Oleh: Pria Malaya
Belum selesai kes laporan keganasan polis terhadap seorang peniaga Cina bulan lalu, kini kita dikejutkan pula dengan perlakuan ganas polis bantuan terhadap seorang jurugambar Melayu dari stesen BERNAMA..
Jika dahulu puak2 fanatik Umno menuduh orang Cina sengaja mereka2 cerita kononnya untuk menjatuhkan maruah polis, kini Allah bayar cash, orang Melayu pula menjadi mangsa, malah Melayu itu datangnya dari stesen berita kerajaan, BERNAMA...
Seperti yg pernah penulis katakan sebelum ini, ada polis baik ada polis yg tidak baik..kesemua kesalahan2 ini mungkin sebagai kafarah dosa bagi pihak (atasan) polis dan juga pihak kerajaan yang sering memperkuda polis demi survival politik sempit mereka..
Nasihat akhir penulis kpd kerajaan, jangan kerana perangai biadap kamu (memperalat polis), rakyat menjadi muak, benci dan tidak hormat kepada pihak polis..fikir2kan..wallahua'lam..
p/s: Artikel terdahulu, "Lagi kes keganasan polis: "Polis pukul saya kerana mahu duit!" - Mangsa..(video inside)"...
Jurugambar dakwa dipukul
Seorang jurugambar membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis bantuan yang didakwanya telah memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur semalam.
Hairul Nizam Baharin, 37, dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.
"Sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan meminta saya memberhentikan motosikal selepas saya selesai ambil gambar di situ, tapi saya enggan kerana tidak tahu tujuan mereka," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur.
Hairul Nizam berkata beliau bagaimanapun terpaksa memberhentikan motosikalnya apabila kumpulan itu terus mengekori dan menghalangnya daripada meneruskan perjalanan.
"Mereka kemudian merampas kunci motosikal saya dan apabila saya tanya kenapa mereka cuma diam. Seorang daripada mereka minta kad pengenalan namun saya enggan serahkan kerana tidak tahu tujuan mereka.
"Polis berpangkat sarjan itu kemudian menyentuh badan saya dan saya kata padanya yang dia tidak boleh menyentuh saya. Dia kemudian bertindak menumbuk saya," katanya.
Hairul Nizam berkata kepalanya juga diketuk dengan topi keledar meskipun berulang kali meminta dilepaskan.
"Salah seorang daripada mereka kemudian mengarahkan saya digari sebelum dibawa ke balai polis TBS-BTS. Di situ anggota yang bertugas mengarahkan gari saya dibuka dan saya dibebaskan," katanya.
Hairul Nizam berkata tindakan kumpulan polis bantuan itu adalah tidak profesional selain memperlakukannya seperti penjenayah sedangkan beliau hanya menjalankan tugas yang diarah majikannya. - Bernama
Dibawah pula, berita terbaru juga berkaitan dengan sikap polis..jelas, anggota polis ini jenis pelahap wang haram..tak hairan, hati mereka gelap sehingga sanggup membelasah orang awam yg menyertai perhimpunan aman atas arahan boss mereka...
Dua Anggota Polis Cedera Ketika Ditangkap Oleh SPRM
GEORGE TOWN: Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.
Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.
Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.
Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.
Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.
Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut. - BERNAMA
Berita berkaitan:
- 'Pukul' jurugambar: NUJ desak polis tak keterlaluan
- 'Belasah' ahli perniagaan, lima polis didakwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan