Spekulasi: ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafei Nafi Letak Jawatan Dan Keluar Parti Keadilan Rakyat !

SHAH ALAM, 13 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafei (foto), menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat. "Saya tidak akan letak jawatan dan keluar parti. Itu berita palsu," katanya kepada pemberita ketika di temui selepas menyertai demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam. Shuhaimi turut menyifatkan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media berhubung peletakkan jawatannya sebagai berita palsu. Sebelum itu pagi semalam tersebar SMS yang mendakwa wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu akan meletakkan jawatan ekoran tindakannya mempersendakan kuasa Sultan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru. Ketika ini, Shuhaimi sedang memberi keterangan kepada polis berhubung tindakannya mempersoalkan kuasa Sultan dalam pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru. Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 4.10 petang ditemani oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin bersama pembantunya, Azmizam Zamanhuri.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.