KATA pepatah sekali bah sekali pasir berubah. Nampaknya lumrah itu tidak akan dapat dielakkan akan berlaku dan menimpa New Straits Time Press (NSTP). Perlantikan Johan Jaaffar sebagai Pengerusi Eksekutif Media Prime yang menguasai akhbar itu serta TV3 dan lain menyebabkan akan berlaku rombakan besar-besar dalam pentadbiran akhbar berkenaan dan juga Berita Harian.
Bekas orang kuat NSTP, Ahmad Taib dikatakan telah dibawa masuk semula oleh Johan untuk menjawat jawatan Penasihat Jabatan Pengarang. Ahmad bakal diberikan kuasa penuh, dan tindakan serta keputusannya akan dirujuk kepada Johan. Apa yang pernah berlaku ke atas Zainuddin Maidin semasa di Utusan Melayu nampak berulang di NSTP.
Zainuddin dipecat sebagai ketua pengarang kumpulan kemudian dibawa masuk semula selaku penasihat jabatan pengarang.
Kedududukan Ahmad Taib ini akan menguasai kuasa Ketua Pengarang Kumpulan, Hishamuddin Aun dan Manja Ismail serta Syed Nazri sebagai pengarang Berita Harian dan The New Strait Time. Apa-apa keputusan ataupun tindakan bakal dibuat oleh mereka terlebih dahulu akan dirujuk kepada penasihat jabatan pengarang.
Ahmad yang pernah disingkirkan secara halus oleh bekas Ketua Penagarang, Kalimullah Hassan pada tahun 2004 mungkin akan bertindak membersihkan akhbar berkenaan daripada pengaruh bekas ketua yang lalu dan sekaligus membalas dendam! Ini satu hal yang biasa berlaku dalam mana-mana badan korporat.
Ketika menerima nasib buruknya dulu Ahmad ditukar ke bahagian property di mana bahagian yang tidak ada kuasa dengan kepakarannya. Akhirnya Ahmad mengambil langkah meletak jawatan.
Satu maklumat dari Jalan Riong lewat malam ini memberi tahu cara Ahmad dibawa masuk diletakkan sebagai penasihat jabatan pengarang adalah cara diplomasi untuk mengurangkan kuasa Hishamuddin, Manja dan Syed Nazri saja. Mungkin tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mereka tidak boleh dibuang memandangkan kontraknya masih berbaki.
Kontrak Hishamuddin dikatakan masih berbaki selama tiga tahun lalu. Sekiranya beliau hendak disingkirkan juga NSTP terpaksa membayar sebanyak RM1.6 juta? Daripada membayar sejumlah itu kepada Hishamuddin lebih baik kurangkan kuasanya, mudah-mudahan beliau akan memohon untuk berhenti secara terhormat dan wang NSTP dapat diselamatkan.
Jerat dan tindakan demikian juga boleh menyelamatkan wang NSTP. Dalam pada itu individu-individu tertentu yang berkompolot dengan regim lama kini berada dalam kegelisahan dan menanti detik penentuan untuk melihat ke mana nasib mereka selepas ini. http://msomelayu.blogspot.com/
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan