Sidang DUN Perak Kemaskini 45: 300 Anggota Polis Ceroboh DUN Perak


Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Idham Lim mendakwa lebih daripada 300 anngota polis berpakaian seragam dan preman mencerobah ke dalam Dewan Undangan Negeri dan menimbulkan kekecohan.

Beliau juga mendakwa anggota polis yang menyeludup masuk ke DUN Perak jugalah antara yang berperanan menyeret Speaker V. Sivakumar semasa berlaku kekecohan apabila Barisan Nasional cuba melantik secara haram Datuk R. Ganesan sebagai Speaker baru.

"Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orangpolis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang DUN hari ini.

"Saya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.

"Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.

"Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.

"Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya," kata Idham dalam blognya.

sumber: Tvantara.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.