Persidangan DUN Perak yang kecoh hari ini seharusnya di bawa ke mahkamah oleh Pakatan Rakyat. Ini memandangkan perlantikan Speaker haram, R. Ganesan oleh kerajaan haram UMNO BN Perak adalah secara terang tidak sah. Bagaimanapula sesuatu yang haram melantik pula yang haram, apakah ini akan menjadi haram menjadah. Status kerajaan Perak sekarang ialah kerajaan haram menjadah UMNO BN.
Difahamkan beberapa orang lelaki ala desparado telah di bawa masuk ke sidang DUN Perak untuk merampas kuasa Speaker. V. Sivakumar telah diheret keluar secara paksa oleh beberapa orang lelaki untuk digantikan tampat duduknya oleh Speaker haram UMNO BN. Menurut beberapa sumber, mengatakan geng-geng ala desparado ini adalah polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menganggu gugat sidang DUN Perak.
Adalah amat mengecewakan apabila negara yang menjadi hero demokrasi di mata dunia kononnya, tetapi membakul sampahkan segala undang-undang yang ada dalam negara sendiri. Sanggup terus berkuasa dengan segala apa cara pun walaupun jelas yang haram melantik pula yang haram, yang tidak sah pula melantik pula yang tidak sah. Apa sudah jadi dengan negaraku, gemilang, cemerlang dan terbilang...
http://addin77.blogspot.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan