Tunggulah esok...apa akan berlaku,” kata Setiausaha Dun Perak

“Apa yang akan berlaku esok sama-samalah kita tunggu dan lihat,” kata Setiausaha Dun Perak yang dilantik Speaker V Sivakumar, Misbahul Munir Masduki.

Beliau mengulas hal ini berikutan banyak pihak belum lagi mendapat kad untuk memasuki dewan termasuk wartawan akhbar tertentu.


Katanya, kad yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah penting bagi membolehkan sesiapa sahaja untuk memasuki dewan untuk mengikuti sidang yang dijangka selama dua hari itu.

Sehingga kini, pejabat SUK telah mengedarkan kad jemputan kepada wakil rakyat dengan menyatakan mereka hanya boleh membawa isteri sahaja dan tidak membenarkan membawa pemerhati seperti biasa dengan alasan untuk ‘mengelakkan kerumitan’.

“Speaker berkuasa dan boleh membenarkan ketika kita sudah berada di dalam dewan tetapi sekarang, kad untuk masuk amat diperlukan bagi membolehkan urusan masuk dibenarkan,” tegasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak pada Siasah.

Esok, 7 Mei bakal berlangsung sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang akan dirasmikan oleh Sultan Perak yang menurut maklumat akan diwakili oleh Raja Muda, Raja Dr Nazreen Shah bermula jam 8 pagi esok yang dimulakan dengan perbarisan.

Sidang ini mendapat perhatian dunia kerana isu siapa yang sah menjadi Menteri Besar Perak, sama ada Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih dibicarakan sehingga petang ini di mahkamah.

Menurutnya, pagi tadi Speaker Dun Perak, S. Sivakumar turut serta di dalam raptai sebagai persiapan untuk majlis perasmian dewan pada esok pagi.

Ustaz Misbah yang berada di Pejabat Perhubungan PAS Perak yang berhampiran dengan kedudukan dewan itu berkata, jalan-jalan masih lagi belum ditutup yang sekaligus menafikan lapuran portal berita yang berkata jalan telah ditutup.

Sementara itu ketika dihubungi Adun Selinsing, Haji Husin Din juga berkata, "tengoklah apa yang jadi besok pagi kerana inilah sejarah dunia kerana hanya Perak sahaja yang mempunyai dua MB, jawatan paling tinggi dalam pentadbiran negeri, bukan seperti ketua kampung atau JKKK biasa."

Katanya, persoalan yang bakal timbul berkaitan persoalan pertama tentang tempat duduk yang sah di dalam dewan yang mempunyai kaitan dengan kuasa penuh Speaker V Sivakumar ketika di dalam dewan.

sumber:siasahdaily

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.