Munajat dan solat hajat satu kesalahan!

Oleh Roslan SMS

Sah Naib Presiden PAS Hj Mohd Sabu ditangkap polis petang tadi. Menurut laporan Th Star Online kesemua tiga aktivis politik ditahan hari ini termasuGo to fullsize imageklah Cikgu Bad (PKR) dan seorang lagi. Kesemua mereka dipercayai ditahan kerana kononnya menganjurkan perhimpunan sempena sidang DUN Perak esok.


Yang saya tahu Mohd Sabu terlibat dalam menganjurkan munajat dan solat hajat di sebuah masjid di Manjoi, Ipoh esok awal pagi. Semalam saya sempat berbual dengan Mat berhubung program ini dan ternyata ia merupakan suatu usaha untuk meredakan suasana tegang yang dijangka tercetus di Ipoh esok akibat dari amalan politik pintu belakang BN. Menurut Mat, beliau sempat menghubungi Presiden Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, yang memberikan persetujuan beliau atas majlis ini.

Program munajat itu dijangka berakhir dengan solat subuh berjemaah, dimana ganas dan mengancam keselamatannya?

Mengapa beliau perlu ditangkap? Adakah menganjurkan program munajat dan solat hajat kini sudah menjadi satu ancaman dan jenayah?

Semoga semua pihak kembali rasional dan tidak mengurus suasana menurut hawa nafsu dan kezaliman. Semoga Allah swt memberikan ketenangan kepada semua pejuang khasnya Abang Mat yang kini berada di lokap di salah sebuah balai di Perak.

sumber: detikdaily.net

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.