FRU mula berkawal di sekitar Masjid Tg Hussin Manjoi

IPOH, 7 Mei (Hrkh) - Ketika ini, di kawasan sekitar Masjid Kg Tg Hussien, Manjoi, lokasi dimana solat hajat dan munajat dijadualkan berlangsung hanya dipenuhi pihak berkuasa polis yang menunggu di balai polis berhampiran.
Iklan




Sembilan trak pasukan simpanan persekutuan (FRU) sedang menanti, sementara para petugas Unit Amal pula berkawal di sekitar masjid setakat jam 5.15 pagi.

Orang ramai yang cuba melintasi perkarangan masjid agak terkejut dnegan kehadiran pihak polis yang sedang mula menggerakkan kawalannya berhampiran lokasi solat hajat.

Pergerakan kenderaan bagaimanapun masih belum menampakkan sesak, hanya beberap bauh motorsikal dan kereta mundar mandir sekitar masjid berkenaan.

Kelibat pegwai cawangan khas kelihatan di beberapa kedai makan mahupun di tempat awam lain di sini.

Setakat ini Harakahdaily difahamkan, solat hajat akan diteruskan.Kelihatan AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohammad Ghazali bersama beberapa orang petugas PAS mula bergerak dari Markaz PAS Tungku Hussin menuju ke lokasi solat hajat.

Sementara perkembangan di beberapa masjid lain yang dikatakan ada kemungkinan akan menjadi lokasi ganti solat hajat pula masing masing masih terkunci rapi.

Sejak awal malam tadi, selesai solat isyak, Harakahdaily difahamkan kebanyakan masjid di Ipoh diarahkan untuk dikunci.

Berita lanjut akan menyusul./wann_

sumber: harakadaily

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.