Nov 2, 10
9:07pm,Ramalan awal oleh sebuah pusat penyelidikan bebas menunjukkan BN mampu mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi, tetapi dengan jumlah undi dan majoriti yang lebih kecil.
Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia tiga minggu lalu dalam kemalangan jalan raya, menang kerusi parlimen itu dengan memperolehi 9,479 undi, untuk menewaskan calon bebas Chong Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.
Laporan tersebut, yang dibuat didasarkan "sentimen semasa", mengambil kira 15 peratus peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina - daripada BN kepada pembangkang - tambahan kepada lima peratus peralihan sokongan pegundi majoriti bumiputera Islam kepada pembangkang.
Cense bagaimanapun menegaskan bahawa anggaran peralihan sokongan itu adalah pada paras minimum, dengan kemungkinan peratusannya akan lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
Manakala SAPP pula dijangka mampu mengekalkan sokongan majoriti pengundi Cina yang seramai 9,737 orang, yang dilihat lebih berpihak kepada pembangkang.
Situasi ini, bagaimanapun, boleh memberi kelebihan sokongan kepada pembangkang secara umumnya, dengan sokongan untuk BN
berpotensi merosot di kalangan pengundi Cina ketika tempoh kempen hanya tinggal 24 jam lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan