November 05, 2010
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Semua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) keluar dan masuk ke Alor Star masih dibatalkan ekoran lanjutan penutupan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.MAS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penumpang-penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh menukar tiket mereka untuk penerbangan keluar atau masuk ke Pulau Pinang atau Langkawi.
Bagaimanapun menurutnya lain-lain perkhidmatan di lapangan terbang tidak termasuk dalam tawaran itu.
Menurutnya mereka yang sudah membuat tempahan boleh menukar tarikh penerbangan tanpa sebaran bayaran walau apa jenis tiketnya, sehingga 15 November ini, atau mereka boleh dapatkan kembali wang bagi tiket yang sudah dibayar mengikut prosedur pemulangan biasa, bergantung jenis tiket.
Ia juga menggesa orang ramai supaya sentiasa berhubung dengan Pusat Panggilan 24 jam syarikat itu dengan menelefon 1-300-88-3000 (dalam Malaysia) atau +603-7843-3000 (diluar Malaysia) atau datang sendiri ke pejabat jualan tiket sebelum terus ke lapangan terbang.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup sejak Selasa selepas paras air mulai naik di beberapa bahagian di landasannya yang sejauh 2,745m itu. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan