Satu undi untuk Dr. Zul dan Tok Guru

GALAS, 3 Nov : Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Hatta Ramli menegaskan bahawa undi yang akan diberikan kepada calon PAS amat penting kerana ia berkait rapat dengan kepercayaan kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Satu undi yang diberikan kepada calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamad merupakan satu undi juga diberikan kepada Tok Guru Nik Aziz", tegasnya dalam ceramah PRK N.45 Galas malam tadi di PASTI Sg Terah.

Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kelantan selama ini membolehkan kerajaan Kelantan yang ditadbir dibawah kepimpinan Tok Guru dan PAS boleh bertahan sehingga 20 tahun walaupun banyak rintangan dan cabaran yang dihadapi terutamanya dari Barisan Nasional (BN) di peringat pusat.

Calon yang dikemukakan oleh PAS untuk bertanding di DUN Galas untuk pilihan raya kecil kali ini merupakan calon yang tepat dan mempunyai kreadibiliti yg baik.

Menurut beliau yang juga Bendahari PAS Pusat, beberapa manifesto calon yang dikemukakan telah disetujui oleh Tok Guru Nik Aziz.

Antaranya manifesto atau tawaran yang dikemukakan oleh Dr. Zul yang diterima oleh Tok Guru adalah Menubuh Urusetia Hal Ehwal Orang Asli.
Ini menunjukkan bahawa walaupun calon PAS belum memenangi pilihan raya di DUN Galas, beliau telah pun mengemukakan cadangan dan idea yang bernas yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat Galas sekaligus rakyat negeri Kelantan dan ia dtelah dipersetujui oleh Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Dr. Zul nyata seorang yang profesional dan dapat menggunakan ilmu perubatannya untuk memberi manafaat kepada masyarakat setempat" terutama kata beliau.
Beliau yang sudah mengenali Dr. Zul sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, yakinbahawa calon PAS itu dapat melaksanakan tugas dan janji beliau sekiranya memenangi pilihan raya kecil ini.
Turut sam

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.