Pecutan akhir Sungai Terah

ditulis oleh Te@M.IT Rabu, 03 November 2010 01:54
GUA MUSANG, 3 Nov - Kempen pilihanraya kecil Dun Galas yang berbaki satu hari makin terasa kehangatannya. Para jentera dan petugas parti tidak melepaskan peluang melainkan terus memenangi hati pengundi di sekitar kawasan ini.

Di Sungai Terah, para petugas dan jentera pasti telah bekerjasama mengadakan program Cakna Rakyat di sini. Istimewanya, program anjuran jentera PAS Bachok, Pengkalan Chepa, Kedah dan Perlis ini diadakan selama dua hari dengan pengisian-pengisian menarik. Antaranya pertandingan menebar roti canai, pertandingan mewarna,  karom dan sukaneka, BBQ, ceramah, bacaan tahlil rumah ke rumah, ziarah dan sebagainya yang cukup menambat hati masyarakat di sini.
Turut hadir memeriahkan bacaan tahlil, BBQ dan pertandinagn menebar roti canai adalah YB Nasir Mustapha, (ADUN Kubang Rotan),YB Cikgu Yahya (ADUN Jenerih) dan YB Cikgu Ahmad Jusoh dan YB Cikgu Aziz (ADUN Jelawat) yang turut beraksi. Mereka beramah mesra bersama kira-kira 50 orang daripada pelbagai peringkat usia. Dewasa, remaja dan kanak-kanak kelihatan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan.
"Lokaliti Seri Tiong ini merupakan kubu PAS dengan majoriti 500 undi. hapir keseluruhan penduduk adalah Melayu Islam dan hanya satu peratus sahaja penduduk Cina, iaitu kira-kira 18 orang. Kebanyakannya adalah PAS dan bilangannya terus bertambah semenjak pilihanraya, " ujar YB Jenerih ketika ditemui dalam program tersebut malam tadi.

ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustapha  yang turut hadir dan mencemar tangan menebar roti canai berpendapat, Tiada isu besar yang ditonjolkan pada pilihanraya kali  ini yang menyebabkan undi jatuh dan sebagainya. Beliau turut yakin PAS dapat mempertahankan kubu Seri Tiong dan sekaligus Dun Galas, Gua Musang.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.