87,583 bankrap sehingga Oktober tahun ini

Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini.
Berikutan daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.

NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda.

"...Semestinya pihak kerajaan akan memandang serius dan saya bercadang akan berjumpa pihak berkenaan dalam mengendalikan isu ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad inginkan penjelasan berhubung tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu itu di mana menurut beliau kira-kira 23 peratus pengguna kad kredit di kalangan generasi muda telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang ekoran kadar faedah yang tinggi iaitu antara 12 hingga 18 peratus.

Liew berkata, kerajaan tidak mempunyai kaedah khusus dalam menangani isu itu tetapi bagi mengelak menjadi bankrap, seseorang itu perlu bijak mengurus hal ehwal kewangan sendiri dan jika tidak tentunya mereka akan dikenakan tindakan.

Mengenai cadangan untuk menggabungkan Akta Insolvensi, Akta Kebangkrapan dan Akta Syarikat, beliau berkata, ia adalah proses ideal untuk memberi peluang ke dua kepada sesiapa yang diisytiharkan bankrap menggendalikan perniagaan.

"Bagaimanapun, proses perundangan yang dicadangkan itu masih di peringkat kajian," katanya ketika menjawab pertanyaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang ingin tahu jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pengisytiharan bankrap daripada 2005 hingga sekarang.

Liew berkata, individu yang diisytiharkan bankrap masih boleh ke luar negara sama ada untuk menunaikan haji atau menjalani rawatan kesihatan jika mendapat kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi.

"Pihak yang bankrap juga boleh membebaskan diri daripada status berkenaan dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah sebelum dikaji Jabatan Insolvensi sama ada untuk menyokong atau tidak permohonan itu.

"Bagi yang ingin menunaikan haji mereka boleh memohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dapat kebenaran keluar negara...kerajaan tidak halang jika permohonan itu mengikut aturan undang-undang," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.