Akta baru Kg Baru syor tubuh Perbadanan, Majlis Penasihat-umno bn nie terdesak sangat nakkan tanah nie buat projek!!!!

December 14, 2010
KUALA LUMPUR, 14 Dis – Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu 2010 dikemukakan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini yang bertujuan menubuhkan suatu perbadanan yang bertanggungjawab merancang dan mengawal selia pembangunan Kampung Baru.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan rang undang-undang itu yang akan menjamin pembangunan kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur, yang meliputi tujuh buah kampong seluas 90.2 hektar dan berusia 110 tahun dan kini mempunyai 35,000 penduduk, supaya dikawal selia sebaik mungkin.
Bagi tujuan itu, rang undang-undang itu turut mencadangkan pembentukan suatu Majlis Penasihat yang bertanggungjawab menasihati Perbadanan mengenai perkara-perkara berhubung kepentingan orang Melayu di Kampung Baru dan perkara-perkara lain yang dirujuk oleh Perbadanan kepadanya.
Dengan penubuhan Majlis itu, Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu akan dibubarkan.
Selain rang undang-undang itu, tiga lagi rang undang-undang turut dikemukakan untuk bacaan kali pertama hari ini iaitu, Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 dan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 dan Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010.
Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 dibentangkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong, bertujuan mengadakan perkhidmatan bersepadu berhubung kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin Malaysia.
Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 yang dibentangkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui pula bertujuan menubuhkan ‘‘Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia’’.
Rang Undang-Undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 pula dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada akta sedia ada. – Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.