
"Dalam konteks ini, saya ingin tegaskan bahawa semua maklumat dan kerahsiaan tentang siasatan yang dilakukan oleh pihak PDRM sentiasa terpelihara dan sememangnya dijaga dan dipertahankan kerana ia melibatkan imej dan kredibiliti PDRM sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hishammuddin berkata, pendedahan yang tersiar dalam laman web tersebut lebih terarah kepada maklumat yang berlegar dalam kitaran diplomatik.
Sehubungan itu, katanya, adalah sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak cuba mengaitkan PDRM atau Kementerian Dalam Negeri dengan sumber pendedahan itu.
Beliau mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks di mana agensi perisikan Singapura mengesahkan mengenai kegiatan Anwar berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.
Semalam, Anwar mendakwa Unit Cawangan Khas (SB) PDRM sebagai sumber pendedahan WikiLeaks.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan